Khamis, 27 Februari 2014

yang mana satu???

Dua syarikat penerbangan menawarkan big sale....MAS dan Airasia

Booking date lebih kurang sama tapi travel date beza. Rasanya travel date Airasia lebih menarik...sampai April 2015...memang berbaloi membeli. Tapi kali ni, aku tak teruja sangat. Pengalaman tahun lalu, masa beli main grab je, disebabkan jadual kerja dsb, akhirnya kena tukar tarikh, akhirnya tiket tu jadi mahal jugak. So, kali ni, aku cuma grab tiket ke Australia, pegi dgn kawan2 ...diorang ni cikgu, so terpaksa ikut cuti sekolah. Ikutkan aku, aku tak minat pegi sana bulan Disember. Oktober baru best, musim bunga! Tapi kan, jaga hati kawan, aku join je. Lagipun kali ni, member yg urus tiket, okla jugak. Aku cuma tolong susun itinerary dan cari info-info tempat menarik.

Selain plan nak gi Australia tu, aku bercadang nak travel ke Korea...bulan April ni, insyaallah jadik, cuma macam nak pegi lagi sama ada autumn atau winter....yang mana satu ye??? Tahun lepas dah ber'autumn' kat Jepun, dan sangat suka suasana musim luruh ni...rindula pulak, so tahun ni macam nak merasa lagi...

nak merasa salji jugak...so, sekrang masih dalam proses membuat keputusan ....autumn or winter?? ke kena pegi dua-dua sekali....???hehehe, kalau duit terlebih suda confirmla boleh...tapi ni, bajet tambah satu trip je ni...

Bila difikirkan, sekarang ni dah makin ramai orang travel kan....ini dah kira trend atau sebab berkemampuan?? Tapi gigihla jugak setengah orang claim yang kos hidup makin tinggi, kena bayar itu, bayar ini, tarif makin naik...tapi when we look at ourself, lifestyle kita ni jugakla kadang-kadang kan...bagi kita yg bujang ni, takde hal sangat, tapi yang dah berkeluarga, anak ramai, bersekolah lagi tu pun, ramai jugak yg gigih melancong ke luar negara tiap kali cuti sekolah kan...

apahal aku membebel ni??? Hehehe...selagi masih bujang, memang panjangla kaki ni melangkah....dan tak kisah apa orang nak kata...tapi kalau dah berkeluarga nanti, perlu pertimbangan lainla pulak kan, takkan sama macam sekrang ni....

selamat membeli tiket utk semua....beli jangan sampai berhutang lama tau!!

Tiada ulasan: