Selasa, 10 Jun 2014

Seoul ~ Spring 2014 - lawatan sambil belajar di Gyeongbukgong Palace

Hari kelima di Seoul...


Hari kedua terakhir di South Korea. Bagi siapa-siapa yang dah baca entry sebelum ni mesti dah tahu hari kedua aku pegi istana Changdeukgong tapi tutup. So, untuk mengubat kegagalan tu, hari ni aku pegi istana lagi cuma aku pegi istana lain Gyeongbukgong Palace. Naik subway, turun di stesen Gyeongbukgong dan keluar ikut exit ke arah istana.

Aku sampai acara changing guard dah selesai, tapi orang sangatlah ramai. Untuk masuk, aku bayar 3000won. Ikut jadual, ada tour with english speaking guide pukul 11 pagi tu, tapi macam tak nampak bayang. So, aku berjalan-jalan sendiri ja di kawasan istana yang boleh tahan besar tu.

Mula-mula tu aku try juga teroka sudut-sudut dan bahagian yang orang tak ramai, ambik gambar tapi pelancong makin ramai sampai aku dah takda privacy lagi. Mahu tak mahu aku pun kenalah 'menjoin' manusia yang ramai tu.

Dalam kesesakan tu, perhatian aku fokus kepada group budak-budak sekolah yang buat lawatan sambil belajar. Aku suka tengok gelagat dorang. Mungkin sebab aku ni kategori orang yg suka budak...

Group sekolah ni adalah dalam 15-20 orang satu group dengan sorang atau 2 orang cikgu pengiring. Mungkin sebab musim bunga, cuaca moderate je, sesuai untuk bawak budak keluar buat aktiviti camni. Masa ke KFV hari tu pun ada group budak sekolah ni, tapi di istana ni lagi ramai.

Seronok aku tengok dorang. Kejap-kejap dorang lepak di satu kawasan, then cikgu dia macam bagi penerangan dan soalan kuiz. Kagum juga aku tengok cikgu-cikgu Korea ni, sabar dan tenang ja melayan anak murid. Takde pun terjerit-jerit atau pasang muka garang.












Cikgu baju kuning ni lawa...sweet...

beratur dulu anak-anak...

sesi berehat


Sebab asyik tengok dorang, dalam 2 jam jugaklah aku di sini...lepas tu aku terus singgah di Insadong sekali lagi. Jalan-jalan, lepak-lepak kejap tengok suasana di situ dan aku lunch di sebuah restoran vegetarian di situ. Sebelum balik, aku sempat singgah beli beg di kedai kecil depan tourist booth tu. 10,000 won satu.
Balik guest house, solat dan keluar lagi ke Namdaemun dan Myeongdong lagi sekali...



Tiada ulasan: