Rabu, 29 Oktober 2014

Revisit HK ~ Ngong Ping 360 & Mongkok

Hari ketiga. Kali pertama gi HK dulu tak sempat ke Ngong Ping 360 ni, walaupun dah masuk dalam itinerary tapi memang tak cukup kalau setakat 5 hari 4 malam. So, kali ni skip Stanley (sebab dah pegi hari tu..serius, tempat tu best, utk shopping, dan view cantik sepanjang perjalanan ) dan cuba naik kabel car plak.

Bertolak lewat sikit dari hotel. Arah perjalanan lebih kurang sama macam nak ke Disneyland, naik MTR sampai ke stesen Lai King, tukar train terus sampai ke Tung Chung. Kalau ke Disneyland turun di stesen Sunny Bay, dari situ memang dah ada menunggu train khas ke Disneyland Resort.


sampai je Tung Chung station, sila ikut exit B

Citygate outlet di sebelah kanan exit B...besar dan padat dgn manusia

Tung Chung station - stesen terakhir dalam laluan ni..
Turun di Tung Chung Station ni, keluar ke sebelah kanan exit B, tak sampai pun 5 minit terus akan nampak stesen cable car tu...Kami berjalan santai-santai je, decided ambik cable car biasa je (HKD150 round trip), kalau korang rasa tak gayat dan nak eksklusif sikit bolehlah try crystal cabin tu. Tapi mahal la sikit.

Tak teringin aku rasanya, naik standard cabin tu pun takut-takut...control abis, bila dah lebih 10minit baru ada rasa selesa sikit, baru berani toleh sana toleh sini, menikmati view sepenuhnya.

Dalam satu cabin kena kongsi sampai 6 orang, memandangkan aku berdua je dengan member, kami terpaksala share cabin dengan orang lain. Sepasang husband and wife India dengan anak perempuan dan sorang nyonya ngan anak lelaki dia... sebelum terapung di udara tu, nanti adala pekerja yg datang snap gambar korang dua tiga keping...sampai di Ngong Ping Village, dorang akan tunjukkan gambar tu dan kita belilah kalau berkenan. Macam berkenan tapi dolar HK asyik melayang-layang je, so kami lupakan je.

Dari stesen cable car Tung Chung ke Ngong Ping Village tu memakan masa lebih kurang 45 minit. View sepanjang tu memang menarik...

Sampai di stesen cable car Ngong Ping, just follow the crowd. Kami berjalan santai, posing sana posing sini, ambil gambar. My fren cukup suka tempat ni, udara rasa bersih, cuaca cerah tapi tak sepanas Shenzen. Memang seronok dan selesa je berjalan-jalan...View pun menarik. Yelah, HK kota besar, so dapat keluar dari kesibukan kota tu ke tempat yang ala-ala countryside ni memang terasa lapang ...

Kat sini kami adalah juga beli souvenir...makan tengahari pun kat sini juga. Ada cawangan Ebenezer (restoran halal) di sini...Starbuck pun ada...Tak dilupakan kedai-kedai souvenir dan toilet yang agak bersih. Member tak membeli sangat tapi aku adalah beli dua tiga souvenir utk kenangan.





Gambar-gambar ni semua snap masa dalam cable car. Macam yg aku cakap tadi, lepas 10minit baru mula selesa, tapi masa  snap pic tu memang control abis tu. Dasar gayat...




Dari sini, kena berjalan lagi untuk sampai ke area Giant Buddha. Kami tak sampai pun ke tempat patung tu, kena memanjat anak-anak tangga. Bukannya sikit, mencapai ratus rasanya...

dah nampak Giant Buddha dari kejauhan

pelancong dari India...ye ke?  ntah-ntah dari Malaysia/Singapore

sempena kehangatan Piala Dunia waktu ni, saja snap cable car bendera Brazil ni

dari gerbang ni dah tak jauh Giant Buddha tu

gerai ni jadi tumpuan kami, beli la jugak 2 botol...


macam menarik....
cuaca cerah, tapi sebenarnya tak panas pun...

another shot

tak tau la patung ni sapa sebenarnya, tapi kedudukannya tu memang selari dgn puncak bukit tu..

snap pic dari bawah je...ramai juga yg rajin mendaki tu...

Tak sampai sejam kami di area ni, balik ke Ngong Ping Village tadi, lunch kat Ebenezer...

not bad rasanya...set nasi + kari ayam...rega dah lupa..

haa...siap ada tanda halal tu...

So kepada sesiapa yg nak ke Hong Kong, memang reccomended naik cable car ke Ngong Ping ni, tak tau la kalau cuaca berangin tak sesuai jugak kot. Kitaorang kebetulan pegi waktu cuaca cerah, summer (Jun) so memang sesuai. Kawasan ni kira macam the other side of Hong Kong la kan, selain bangunan pencakar langit tu.

Cuma sejujurnya, kalau nak compare dengan view on the way ke Stanley, macam lebih menarik view on the way ke Stanley tu. Ada entri tentang trip pertama ke HK tu, tapi masa tu tak banyak letak gambar... Cuma ada share jugak how to get to Stanley tu.

Ok,  dari sini, kami terus ke Mongkok pulak. Kami mencari-cari pasar malam yg disebut orang seorang lelaki Malaysia yg kebetulan duduk bersebelahan meja masa kami makan di restoran Bukhara di Chung King Mansion semalam. katanya  market tu tak jauh dari stesen MTR Prince Edward. Jual pakaian berjenama yg reject-reject. Tak taula pulak...memang kami tak jumpa. Dua tiga kali bertanya dengan peniaga-peniaga kedai area tu macam tak tau pulak diorang. Sudahnya kami putar-putar sekitar Fa Yuen Street dan Ladies Market je. End up, member beli selipar jepun dan aku tak sudah-sudah belek payung tapi tak jadik-jadik membeli. Bengong kan...

pics di Mongkok...

ada show percuma tepian jalan...

dah mula ramai ...

ladies market...

ladies market lagi...

Datang kali kedua ni, memang dah tak teruja dengan Ladies Market ni... Lepas puas merayau dengan tumit sakit ( member aku akhirnya berjaya memakai selipar jepun), kami balik ke Causeway Bay... sekali lagi, singgah sana-sini, 7-11 adalah wajib...




Tiada ulasan: