Isnin, 15 Disember 2014

Revisit HK ~ Last day

Sambung balik kisah di Hong Kong... Hari keempat atau hari akhir.

Ikut itinerary yg aku plan kami sepatutnya ke The Bauhinia Convention Centre, nak berposing depan bunga bauhinia yg jadi lambang Hong Kong tu. Plan tu tak menjadi, kami cuma sempat ke  naik tram  dari Causeway Bay ke Central, ke Times Square dan lunch di Islamic Centre Canteen.

Kebetulan hari Ahad, satu pemandangan biasa ialah amah2, pekerja2 Filipina dan Indonesia keluar - outing kekdahnya...area Central memang meriah dengan muka2 pekerja Filipina je. 98% perempuan. 

Kalau diikutkan area Central ni bangunan cantik-cantik. Kepada yg suka architecture memang layanlaa tempat ni..Tapi mcm tak best je time ni, ramai sangat Pinoy...so, kami terus naik MTR ke Causeway Bay semula. Cukuplah one way je naik tram. Sekadar nak merasa, sebab tram tu kecik...memang tak selesa.

Di Times Square, just cuci mata...duit HKD dah mula susut. Ngam-ngam je untuk balik...

Dari stesen MTR Causeway kami follow je direction ke Times Square.  Kunjungan kali pertama tahun 2012 dulu tak sempat sampai sini, so kali ni saja nak tengok suasana di sini. 

Aku lebih banyak lepak je, menunggu member yg shopping cosmetics...memang HK ni klu part shopping yg best ialah kosmetik, banyak jenama dari Jepun, Korea dan Taiwan yg tiada di Malaysia. Aku kali ni memang tak banyak membeli, betul2 trip control budget...even souvenir pun, aku just beli 3 keychain ( 2 beli kat The Peak, satu kat Ngong Ping), 5 fridge magnet dan satu tumbler ... keychain tu khas untuk Ain sebab di ofis dia je yg tau aku ke HK...hahaha...fridge magnet kena beli lagi, FM yg dibeli kali pertama ke HK dulu dah bagi kat kawan2  dan family...

Balik dari Times Square kami terus ke Islamic Centre Canteen. Tak puas lagi makan dim sum. Ramai orang hari ni, so terpaksa share meja dengan orang lain. Dua tiga kali menambah dim sum. Lepas tu balik ke hotel, check out.

Agak jauh jugak kami mengheret beg dari hotel ke tempat menunggu bas. Part ni aku tak study sangat. Cuma berpandukan nombor dan laluan bas yg ada di setiap perhentian. Lama juga kami menunggu, lebih setengah jam. Gelisah jugak, takut tersilap tempat menunggu. Akhirnya bas sampai. Sebelum ke airport semula, bas ke North Point dulu, hentian terakhir untuk bas A11 ni. Sampai di North Point, drebar bas minta kami jangan swipe Octupus Card dan stay je dalam bas.  Kami berdua ja dalam bas, drebar pulak pegi toilet atau pekena secawan kopi kot, so kami explore bas le jawabnya. alang-alang dah dapat peluang, kami pilih seat bahagian upper...kat depan sekali. Puas ati tu, nampak view...

Sebenarnya, half of the way the airport aku tidur. Ciss!!!Nasib baik member rajin snapkan dua tiga keping gambar untuk aku... Sampai di airport, kami guna Octupos card tu untuk shopping2 lagi. Flight kami malam, tapi kami dah sampai airport 3 jam lebih awal. 

Ini kali kedua aku ke Hong Kong. Mengapa sampai 2x? Ala, sebab ada direct flight dari KK ke HK ni, masa pun 2 jam 35 minit je. Macam dekat kan. And of course, sebab rega tiket reasonable.... bye-bye...Hong Kong....

btw, Hong Kong sekarang selalu ada rusuhan kan??...tapi rasanya tak menjejaskan pelancongan + pengangkutan sangat. Kepada sesiapa yang belum pernah ke Hong Kong, pegilah at least sekali, 5/6 hari just nice, boleh cover banyak tempat. Hong Kong ada Disneyland, The Peak dan Victoria Harbour waktu malam memang cantik...the best season, aku dah pegi summer dan awal winter...pegi time summer - cuaca cerah, elok, nak bergambar pun gambar cun, berjalan pun senang, just pakai slipper je ....winter - cuaca esp suhu sedap molek je, tapi biasanya mendunggggg je, so gambar tak berapa nak mantop la kan, dan paling tak best kalau hujannn...

Lastly, ni aku share itinerary ringkas trip 4 hari 3 malam kami.

Hari pertama
9.30 am – arrived, ambik map, beli Octupos Card, naik bas A11 ke Causeway Bay

11.30 – sampai di Causeway Bay, check-in hotel, rehat, solat dulu baru lunch di Islamic Centre Canteen (sebelah hotel je)

2.00 petang – naik MTR ke Central, jalan kaki ke stesen tram The Peak

6.30 petang – turun ke stesen tram, naik MTR ke Tsim Tsa Tsui, lepak di promenade TST sambil tunggu Symphony of Light

9.00 malam – balik ke hotel…zzzz
Hari kedua
Trip ke Shenzen (rujuk entry)

7.30 pagi – naik MTR then naik train sampai Lowu, mohon VOA utk masuk Shenzen. Dapat visa, terus ke Window of the World (WOW)naik metro…

2.30 petang – naik metro dari WOW ke Lowu. Lepak-lepak makan buah laici then balik HK. Round-round area Tsim Tsa Tsui, dinner di Chungking mansion then baru balik hotel
Hari ketiga
8.00 pagi – bertolak ke Ngong Ping360…naik cable car. Lunch sekali di sini.

2.30 petang – ke Mongkok. Round-round Fa Yuen Street dan tunggu Ladies Market buka. Balik ke Causeway Bay. Lepak kat Mcd then singgah sana sini.

9.30 malam – balik hotel
Hari akhir
8.00 pagi – naik tram dari Causeway Bay ke Central. Balik ke Causeway Bay naik MTR. Jalan-jalan sekitar Times Square. Singgah lunch di Islamic Centre Canteen. Jalan-jalan dekat-dekat area hotel, jumpa kedai murah, shopping.
Check out hotel.  Ke airport naik bas A11. Fly back to Malaysia.

 
Itinerary ni ringkas je, tak masuk Disneyland /Stanley , ni trip kali kedua so no more Disney-Disney...Macau memang tak sempat pegi.
salah satu tram di HK island

exit MTR Causeway Bay ke arah Times Square

skrin besar di Times Square...iklan Canon EOS





bas A11

North Point - hentian akhir bas A11

North Point


pic dlm bas ke airport

otw ke airport

p/s...gambar2 kali ni tak berapa cun.....semua amik pakai ipad dan handphone je...

Tiada ulasan: