Sabtu, 27 Disember 2014

North Borneo Railway Beaufort-Tenom

 PRAY FOR MALAYSIA (Kelantan, T'ganu, Pahang )

Sudah lama entri ni terperap dalam draf. Minggu ni aku bercuti hingga 31hb Disember so, terasa nak publish entri yang dah basi ni...

Rail Better Way To Travel - motto Jabatan Keretapi Negeri Sabah...

North Borneo Railway ialah nama yg orang putih bagi untuk Jabatan Keretapi Negeri Sabah sekarang. Satu-satunya jaringan jalan keretapi di Borneo. Dibina pada zaman penjajah dulu. Kegunaannya untuk mengangkut hasil mahsul bumi yg kaya raya ni ke England sana (that's why my mom selalu cakap, "mimangla bangunan durang sana tu cantik dari dulu, durang angkut hasil tanah kita" my mom sgt rasional kan..nasibla dia nda pigi sekolah, tau la org kampung kan, takut ja hantar anak ke sekolah a.k.a sikul)..

Route Beaufort - Tenom dibina jaman-jaman perang dunia dulu, waktu tu British nak sangat mengalahkan Jepun...(sumber - cerita arwah datuk aku....turun-temurun diceritakan kepada anak cucu...hehehe).

Sebenarnya North Borneo Railway ni menghubungkan Tanjung Aru -Papar -Beaufort - Tenom. Tapi, kalau mau rasa yg klasik, antik dan lain dari yg lain routenya ialah Beaufort-Tenom. Route Tanjung Aru-Papar-Beaufort tu nda mencabar langsung, biasa-biasa ja. Inginkan pengalaman yang berbeza....silalah datang ke sini...hehehe  Tapi view kalau naik train route Beaufort-Papar  tetap mengancam juga, especially di area Kimanis. Rel betul-betul dekat pantai. Dekat kawasan plant Petronas yg terbaru tu. South Korea claim dorang ada landasan keretapi paling dekat dengan laut di Jeongdongjin kalau nda silap, oh iya ka...kami di Sabah ada juga bah, cuma nda masuk Guiness World Book of Record.

Laluan keretapi Beaufort-Tenom ni dibina ikut aliran sungai Padas, di tebing-tebing sungai yang berbukit bukau. Orang putih tu cuma tarah sikit ja untuk buat rel tu. Pasal menjaga rupa bumi dorang memang bagus kan, kecuali part dia 'mengangkut' hasil bumi tanah tumpah darah kita. Ada satu terowong kecil sebelum sampai Tenom. Kalau naik dari Beaufort, duduk seat sebelah kanan, boleh nampak view Padas gorge yang cantik. Seat sebelah kiri bukit semata-mata.

Keretapi ialah public transport orang2 yg tinggal di kampung-kampung sekitar Batu 65- Tenom. So, pemandangan biasala tu kalau korang nampak segala macam benda pun diangkut naik train. Sayur-mayur (untuk dijual di pekan),tong gas, binatang ternakan ( nasib baik aku nda pernah nampak yang .... tu), kalau nda mau aku pingsann hehehe...itulah cara hidup dorang, train ialah nadi kehidupan dorang, kalau difikirkan macam orang Jepun juga, banyak bergantung kepada keretapi untuk ke mana-mana, tapi of course la suasananya lain di sini.  ...well, i feel like the real sabahan bah tiapkali naik train ni...this our world..away from the bustling and hectic of the city...

Sebagai orang tempatan, dan kebetulan arwah bapa pekerja North Borneo Railway aku ada mix feeling tentang keretapi ni. Some part aku rasa, we need to go further...kasi maju, kasi lawa dan kasi cangggiiih la train ni especially gerabak yg usang dan buat kita bergoyang-berdangdut sepanjang jalan, buatla sehebat di Jepun, Korea kan, bikin malu sabah bah keretapi begini kan...  but some part of me, nda mau benda tu berubah...i am against the winds of change pula jadinya...why not kekalkan ja dia begini, cuma kasi touch up sikiT-sikit dan kasi bersih becos aku perhatikan pelancong-pelancong sukakan pengalaman eksotik camni. Bila aku perhatikan pelancong ( seriously, memang pelancong nda pernah surut, kecuali bila air sungai Padas ni terlebih mengganas, dorang nda digalakkan datangla)tu, kadang2 aku tertanya2.." misti dorang cakap orang di sini orang ulu, bikin kesian...nda maju langsung......tapi ialah kan...kan dorang selalu bayangkan Borneo ni macam cerita zaman purba ....haa, inilah Borneo...this is the part of it..plus, walaupun sudah beribu pelancong datang ke sini, di sini tiada tourist trap...tiada locals datang jual souvenir, tiada gerai-gerau jual semua berkaitan tourist tu...entahlah mungkin itu kekurangan tapi juga kelebihan tu...kadang bila travel ke satu tempat yg terlampau touristy kita jadi macam meh...bosan kan...

Tambang dari Beaufort ke Tenom baru RM2.50 one way...sangatlah murah kan. Termasuk pengalaman dan azab sepanjang perjalanan la tu. Lagipun seat bangku kayu zaman purbakala, kalau kenakan tambang RM10 ke atas memang mengamuk orang kan.

Tempoh perjalanan  lebih kurang 1 jam setengah. View menarik tapi gerabak tiada air con ok. Kadang dari stesen Rayoh ke Beaufort tiada seat kosong, kena berdiri. Biasanya tourist balik dari rafting, so dorang memang nda dapat seat. Dari stesen Batu 65 pula biasanya kena turun dan tunggu keretapi dari Beaufort. Gerabak dari Tenom tadi akan balik ke Tenom. Kira macam stesen batu 65 ni stesen pertukaran la kan. Ala, macam la korang tak biasa bertukar-tukar train kan...hihihi..

ok, enjoy sedikit gambar. Ai is sedikit pemalu waktu ni, ambil gambar pun malu-malu so hasilnya malu-malu jugakla...

dah berpuluh tahun usianya ni

kalau sebut Beaufort kena ikut lidah France...ahaks

ni kepala keretapi yg akan membawa kami ke Tenom...dont worry masih 'gagah' ni

gerabak yg antik ituuuuuuu....



JKNS -Jabatan Keretapi Negeri Sabah


mereka yg nak rafting turun di sini

empangan Tenom-Pangi

di sini starting point Padas white water river rafting...

kanak-kanak di jendela

meninggalkan Pangi
menunggu train dari Beaufort di stesen batu 65

Tiada ulasan: