Rabu, 5 April 2017

Seoul 2016 ~ Winter Trip....Part 4

Travelogue Day 4

Hari keempat. Hari ni seperti yang dijanjikan, trip ke Nami Island. Harapan mo tengok salji ni. Haraplah ada, tapi harap 50% saja sebab ramalan cuaca di Accuweather pun nda konsisten. Semalam ramalannya ada snow turun hari ni, tapi check balik hari ni memang tiada.

Bas akan bergerak dari Insadong pukul 9.30pagi. Tapi kami sengaja bergerak awal pukul 8.00 pagi. Kena transfer line, lepas tu berjalan kaki lagi ke Tapgol Park. Kalau boleh biarlah berjalan santai-santai jak tanpa perlu rushing. 

Agak gelabah juga bila driver bus check booking form tu, yang tertera di situ kami kena depart dari Namdaemun. Terus panik juga, masa kami booking tu memang kami inform kepada staf Naminara tu kami nak depart dari Insadong. Mujurlah driver bus tak sepanik kami, dia tolong call staff Naminara. So, aku jelaskan yang kami nak depart dari Insadong return, sebabnya kami dah takde masa ke Namdaemun sekarang. Alhamdulillah, urusan settle. Seat pun dah diatur, dan kami bertuah sebab dapat juga seat depan sekali walaupun kecoh sekejap tadi.

Sepanjang jalan, memang tiada salji turun pun. KZ terlelap di sebelahku. Aku asyik melayan view di luar.

Agak mendung waktu sampai di jeti ke pulau Nami. Hampir 2 jam juga perjalanan dari Insadong tadi. Kami pun terus beratur dan tak sampai setengah jam dah berada di pulau Nami. Excited jugaklah....terus wefie. Lepas tu explore sendiri-sendiri sekitar pulau. Sebelum pukul 3.30 petang kena ada di dalam bas untuk balik semula ke Seoul. Kalau orang cergas dan berdaya maju sangat, memanglah akan ke tempat lain lagi Garden of the Morning Calm ke atau Petite France ( dalam bas tadi dah nampak simpang ke tempat-tempat ni), tapi kami berdua ni memang ala-ala je, nak bersantai selamanya, so malaslah nak rushing camtu. Masa digunakan memang untuk pulau Nami je, maklumlah first time kan. Mungkin kalau kali kedua ke sini, bolehlah menyimpang ke Petite France pula nanti.

Layan gambar-gambar dan view di pulau Nami. Guna kamera hp jak.
Insadong yang lengang di awal pagi

Bas yang membawa kami ke Nami
Kolam kecil yang airnya 90% beku

lorong di Nami

Ucapan selamat datang pelbagai bangsa
side dish di Restoran Asian Cuisine (Halal)

Nasi goreng kimchi

Nasi & kari ayam - karinya agak pekat, rasa boleh tahan


Kawasan restoran, surau dan library

lorong popular tempat ambil gambar

pokok-pokok masih ada sisa daun

lovely and peaceful

payung 4 musim
Pukul 3.30 petang kami pun gerak balik ke jeti. Orang sentiasa ramai. Sambil menunggu bas, kami lepak di kawasan jeti pula. Masa menunggu tu hujan gerimis la pula. Pukul 4.00 petang tepat naik bas, dan bertolak tepat pukul 4.15 petang. Sampai di Seoul dah gelap. Kebetulan aku mula tak sihat sebab period, so sepanjang perjalanan dari Tapgol Park ke Insadong subway station tu cuma jenguk dan pandang je kedai-kedai sepanjang-panjang tu. Niat nak beli beg di Insadong pun terbatal sebab mula takde mood. Rasa nak demam pun dah mula masa ni.

Apapun, overall  Pulau Nami memang lawa dan kalau ada salji lagi lawa kot. Walaupun pulaunya kecil dan pelancong pula sentiasa ramai (rata-rata pelancong yang datang ni dari negara-negara Asia Tenggara je aku perhati - Malaysia, Filipina, Singapore, Indonesia), tak rasa rimas sebab semua datang pun sekejap dan masing-masing cari spot sendiri. Kalau pergi eloklah pergi musim-musim yang berbeza kot, kalau tak boleh boring jugak...

Tiada ulasan: