Selasa, 12 September 2017

Perfume Bajet ... wishlist

Sebelum ni aku selalu beli perfume untuk reward diri sendiri sempena birthday. Tahun ni, macam sangat harapan dan impian ni..Tapi beli perfume dah jadi satu tradisi, cuma tahun ni insaf sikit, fokus kepada perfume bajet dan mampu milik jeee....


1. Perfume ~ Cabotine Rose 
Akhir-akhir ni macam suka bau bunga ros. Sebelum ni dah pakai Paul Smith Rose, bau memang best...fresh & soft gitewww... tapi boring pula kalau asyik perfume yg sama...lagipun kebetulan harga perfume ni untuk under RM150 di perfumestore.my ( dah pernah beli di sini, confirm ori dan servis pun bagus...). Review untuk perfume ni pun bagus-bagus, kira selamatlah untuk aku blind buy je.

 Image result for cabotine rose


2. De'xandra
Sejak harga minyak asyik naik dan nilai duit RM semakin sendu, aku dah mula pandai pakai perfume inspire camni. Ada dua dalam wishlist ; Still atau Signorina. Dua-dua jenis bau lembut, sesuai untuk ke pejabat. 


3. Al Rehab Perfume
Aku terbeli perfume ni masa umrah hari tu. Masa tu beli pen perfume je. Al Rehab ni jenama minyak wangi yg agak popular di Arab Saudi. Balik Malaysia, aku terus cari-cari kat insta kalau-kalau ada orang Malaysia yang jual perfume ni. Memang ada, cari je di insta (Al Rehab Malaysia ). Al Rehab ni banyak juga yang dijual tak ori. Tapi yg kat insta ni memang ori, kalau nak beli borong pen perfume atau oil perfume dari dorang pun ok. Dahlah murah, wangi, non alcohol pulak tu boleh bawak solat tanpa rasa was-was.

 Image result for al rehab perfume red rose
My favorite Al Rehab ialah Lovely dan Red Rose. Kalau check dalam Fragrantica, Red Rose ni dikatakan sama dengan Kenzo Flower. Tak taulah betul ka , aku tak pernah pakai perfume Kenzo. Walaupun lembut baunya, Red Rose yang aku pakai memang tahan lama. Dari pagi pi ofis sampailah ke petang masih lekat di baju dan tudung. Baunya sangattt soft dan musky, orang takkan perasan kita pakai perfume kecuali orang yang betul-betul bersebelahan kita.
 Untuk lelaki, yang best Silver, Al Fares dan Sultan. 


Image result for al rehab perfume silver 

* sebenarnya kalau ada duit lebih aku dah lama eyeing perfume Prada Infusion D'Iris. Aku terpaksa simpanlah dulu harapan ni sampai nilai RM naik semula.
* terakhir aku beli perfume agak mahal ialah Katy Perry Purr - baunya manis tapi memang tak tahan lama, dalam 2-3 jam je dan aku dah pass kepada anak sedara aku pun.

Sekian perkongsian ringkas tentang perfume bajet hari ni.

Tiada ulasan: