Jumaat, 8 September 2017

Bandung ...~ Jun 2016

Salam September semua...

Lama sangat tak update blog. Kesah ni pun dijeruk lama dalam draft. Ok, dah tiba masa untuk mengarang semula.

Sudah lebih setahun tau trip ke Indon ni. Jun tahun lepas, sekarang dah September 2017. 

Aku pegi ni dengan KZ, my part in crime dalam dunia travellan ni. Pegi 6 hari. 4 hari full day di Bandung. 2 hari di Jakarta.

Trip shopping + sightseeing +  misi kemanusiaan (hamboi!!!)...hehehhe

Misi kemanusiaan la sangattt. Biasa je pun. Ada pegi Rumah Anak Yatim dan pegi dengar ceramah agama termasuk solat subuh, itulah yg special tu. 


Day 1 - Tiba di Airport Jakarta (malam), driver kami dah sedia menunggu, singgah sekejap untuk makan malam di Restoran Sederhana Masakan Padang, lepas tu terus ke Bandung. Check in di Hotel Accordia Dago.

Persinggahan pertama ....dinner dulu di Restoran Sederhana Masakan Padang



Menu...
penuh satu meja...
bilik pertama sebelum kami pindah ke bilik family room


Day 2 - Tazkirah dan solat Subuh di Masjid Daarut Tauhid, Bandung....jalan-jalan sekitar Bandung, shopping dsb...

Masjid terletak di kawasan padat

Jemaah Subuh yang ramai

ruang makan di Hotel Accordia Dago


Longgok dulu sebelum dipilih

Beg Cath Kidston...

lawatan ke rumah anak yatim /Panti Asuhan Muhammadiyah

Anak-anak ni buat persembahan untuk kami...touched!










Bersambung...

Tiada ulasan: