Isnin, 14 Mei 2018

PRU14...pasca

PRU14 memang lain dari PRU sebelum ini. Luar biasa, baik sebelum mahupun selepas.

Hari ini sudah hampir seminggu kemenangan Pakatan Harapan dan buat pertama kalinya BN menjadi pembangkang di Persekutuan dan di beberapa buah negeri. Bagi kami di Sabah, kami pernah berada di bawah pemerintahan Pembangkang iaitu PBS satu ketika dulu. Dan kini kami di bawah parti Warisan sebagai parti utama dan DSSA sebagai Ketua Menteri. Alhamdulillah, kemelut drama di Istana Negeri Kota Kinabalu reda dan DSSA sudah pun ke pejabat dengan baju korporat putih, as simple as before, begitulah penampilan beliau setiapkali berkempen seluruh Sabah. Baju kemeja korporat putih.  Yang penting, semoga semua isu dan masalah  di seluruh negeri dapat diselesaikan.


Rakyat Malaysia masih belum move on rasanya. Baik di pihak yang menang mahupun yang kalah. Macam-macam gelagat manusia di media sosial. 

Tak hairan yang rakyat Malaysia masih dengan sinisnya, makinya, gurauan kurang ajarnya dan sindirannya walaupun Ramadan akan menjelang tak sampai seminggu lagi. Itu di pihak yang menang. Di pihak yang kalah, masih ada yang belum berlapang dada menerima ketewasan dan belum muhasabah diri. Aduhai ummah.... 

Cukup-cukuplah tu.Teruskanlah kehidupan kita. Rapatkan semula silaturrahim dan raikan perbezaan seadanya.





















Tiada ulasan: