Jalan-jalan ke Muzium Negeri Sabah waktu cuti sekolah bulan Mac yang lepas, jadi driver temankan kakak dan anak buah yang excited...
Dilayannn jak la...
Bangunan muzium utama ada satu, di luarnya galeri Keretapi Negeri Sabah, bangunan pusat sains dan Kampung Warisan.
Untuk pusing-pusing dan melihat-melihat keseluruhan kawasan dan muzium perlukan masa lebih kurang 3 jam.
Kami banyak habiskan masa di Kampung Warisan. Cuaca agak panas hari tu, lebih selesa berjalan di kawasan yang banyak pokok sambil melawat dari satu rumah ke satu rumah.
ni salah satu kraftangan besar di luar muzium |
bukan tulang dinosour tulen k |
pakaian lelaki Bajau Kota Belud |
pelbagai jenis topi |
pakaian lelaki Kadazandusun |
pakaian pengantin Bajau |
pakaian pengantin suku kaum Bisaya |
pakaian pengantin cina |
seram pula aku tengok patung-patung ni... |
kereta-kereta antik di bahagian luar |
kereta Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah pertama ~ Rolls Royce |
Galeri Keretapi ~ di sini kita boleh lihat sejarah keretapi di Sabah sejak zaman penjajah |
kepala keretapi lama yang dipulihara |
abaikan aksi anak buah aku tu... |
Jesselton nama lama Kota Kinabalu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan