Jumaat, 7 September 2018

Beijing ~ Part 1

Salam manis.

Akhirnya aku berjaya jejakkan kaki ke Beijing walaupun orang lain sudah berkali-kali sampai sini kan. Oklah tu. Aku mulanya pasang angan-angan pegi sendiri, trip sendirian berhad. Kaki dah gatal nak berjalan, fikiran dah muak dan sesak pasal kerja, trip ke Guilin pun tak menjadi hujung tahun lepas tu. So aku pun malas fikir panjang lagi, aku booked la pakej ke Beijing. Tak kisahlah roommate aku siapa nanti, janji dapat berjalan. Mahu jalan solo di China (kalau HK tu berani la) belum cukup keberanian.

So aku pergi bulan Mac, ikutlah tarikh yang ditetapkan tu. Malas memilih-milih musim apa mau berjalan lagi. Gasaklah, janji dapat jalan.

Syukur...ada hikmahnya berjalan ikut pakej ni sorang-sorang, disebabkan kena ramah lebih sedikit, dapatlah kenalan-kenalan baru yang best. Dapat juga merasa salji kali kedua. Alhamdulillah, travel ni yang penting seronok, selamat dan dapat lapangkan otak yang penat ni.

Day 1

Dari KK ke Beijing transit di Singapore. Naik Silk Air dari KK ke Singapore. Dari Singapore ke Beijing naik Singapore Airlines.

Salah satu wish list dapat tick dalam trip ni ~ jejak kaki di Changi International Airport. 

Salah satu top airport yang selalu dapat review bagus-bagus kan. Memang bersih ( tapi airport HK, Osaka pun bersih juga ), part yang aku suka pasal airport ni lantainya berkarpet dan karpet tu pula bersih. Yang tu win. Lagipun aku pun belum banyak merasa airport seluruh dunia ni. Cuma aku teruja juga dapat gi Changi Airport ni. Jakun kan...

Transit dalam 4 jam saja di sini. Sampai di Beijing awal pagi. Tapi kami lewat gerak keluar dari airport. Luggage salah seorang rakan tu tertinggal di Changi Airport. So, luggage dia akan dikirim dalam penerbangannya berikutnya. Singapore Airlines bagi 250yuan sebagai ganti rugi sebab itu silap dorang sendiri. Nasib baiklah dia ni berdua dengan adik dia, so adalah juga barang-barang dia dalam beg adik dia. Kalaulah benda ni jadik kat aku, melolong kot aku kat Beijing Airport tu.

Ambil masa 3 jam nak berurusan dengan pihak airport ni. Dengan tour guide kami yang pertama kali bawa group, terkial-kial dia nak berbahasa dengan amoi pekerja airport tu. Mula-mula aku malas nak peduli, tapi jadi kesian, so aku tolonglah berunding dengan pekerja-pekerja airport tu. Syukurlah, settle juga urusan tu. Bukanlah sebab aku terer pun, sesiapa pun boleh bantu kalau kita bersungguh in sha Allah, lancarlah urusan tu. Disebabkan kes luggage tertinggal ni, dua beradik tu lah jadi best friend aku dalam trip ni.
Changi Airport

lantai berkarpet tapi bersih


Day 2
Tiba di Beijing International Airport awal pagi. Rezeki pula turun salji di hari pertama di sini. Sebab dah lewat bergerak keluar dari airport, destinasi yang sepatutnya sudah diubahsuai oleh guide di sana.
dalam perjalanan dari airport ke bandaraya Beijing

singgah makan tengahari


gambaran Forbidden city dulu

kami ke Capital Museum

kaunter tiket

Salji turun di hari pertama kami di sini ...Masjid Niujie



Depan bilik solat untuk wanita

kaligrafi

So, tu dia...hari pertama kami di Beijing bermula agak lewat dan tersasar dari perancangan. Capital Museum, Masjid Niu Jie dan kami menonton persembahan akrobatik (yang ni aku tak ambil sebarang gambar)...

Lepas dari menonton persembahan akrobatik tu dah malam, terus makan malam then check in hotel. Hotel ni pun aku tak snap gambar. Keletihan seharian perjalanan dari KK ke Beijing ni.


bersambung...

Tiada ulasan: