Isnin, 10 Disember 2018

Guangzhou : Five Rams Sculpture, Yuexiu Park

Salam penghujung tahun 2018. Cerita Beijing belum habis lagi, dah muncul cerita trip Guangzhou pulak. Tahun ni aku menghala ke China je la nampaknya. Joli-joli cari mee tarik, bak kata member aku.

Nak kena cepat buat entry sementara masih panas, masih ingat dan semua gambar selamat dalam handphone dan mood nak memblog ada. Kalau tak, blog ni akan bersawang dan jadi lubuk hantu je jawabnya.


Kami ke sini awal pagi. Destinasi pertama hari kedua di Guangzhou, China.

Suhu adalah 19 darjah celcius pagi ni ( penghujung November). Sangatlah nyaman rasanya. Warga tua yang ramai dalam taman ni. Beriadah. Taichi. Morning walk. Ada juga group tourists. Sekejap jak kami di sini, 30minit. Macam nda puas explore taman ni. 

Sedikit info pasal patung-patung ni ya : Dibina sebab nak protect Guangzhou. Guangzhou ni tak jauh dari laut, so macam orang dulu-dulu mintak nasihat sami Buddha ke camtu, dorang buatlah patung kambing ni. Kononnya lepas ada patung kambing 5 ekor ni Guangzhou jadi makmur dan tenang dari gempa bumi, ribut dsb... Itu yang guide cerita la. X payah percaya sangat. 

So, bagi orang China, sesiapa yang ke Guangzhou macam tak sah kalau tak pernah ke taman ni...mencemar duli ngan sculpture goats ni...gitu...






warga tua beriadah

ini jak gambar sculpture tu yang tiada muka kami...x boleh share takut kawan2 x restu nanti...hehehhe


kena memanjat tanga-tangga ni untuk ke area patung kambing-kambing tu





Rasa macam warga tua jak ada di Guangzhou masa kami di sini...hahahha...tapi memang sesuailah untuk berehat dan bersantai.

ada laluan ke arah bawah bukit

segar jak daun-daunan pagi ni...love 

nampak satu group tengah bersenam..

Recommended untuk sesiapa yang ke Guangzhou tapi taknak asyik pi area shopping je. 

Tiada ulasan: