Khamis, 31 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum...salam Syawal untuk semua...

Mohon maaf andainya ada terkasar bahasa dalam blog ini atau ada tulisan yang mengguris perasaan....kepada rakan blogger JM thanks atas hasrat nak kirim kad raya tu, rasanya putri pernah email JM, boleh rujuk balik kat email ye...tapi seriously, putri tak mengharapkan apa-apa, yg penting persahabatan terpelihara, itu je....

Hari raya keempat hari ni...dah masuk kerja ni. Tak mau cuti lama-lama, nanti banyak kerja tertangguh. Alhamdulillah, misi beraya di rumah sedara mara dah hampir tercapai, tinggal ada lagi 3/4 buah rumah belum ziarah, insyaallah part tu boleh sambung weekend nanti...

Tahun ni beraya sederhana saja. Langsir rumah masih pakai yg tahun lepas, cuma dicuci je, naik semula serinya. Baju raya, 2 pasang ja. Make-up takde yg baru. Kuih muih a.k.a biskut aku beli 3 jenis je, yang 2 jenis lagi buat sendirik... perabot still perabot lama, cuma digilap kasi berkilat je...takde berlebih-lebih tahun ni, serba sederhana. Kenangkan nasib mereka yang kurang berkemampuan, mereka yang kehilangan dan mereka yang diserang musuh....insaff...

selamat hari raya Aidilfitri untuk semua....selamat memandu dengan selamat.....

Tiada ulasan: