Rabu, 2 Julai 2014

Tulislah yang baik-baik...

Salam Ramadan...dah masuk hari ketiga. 
Hari ni aku awal datang ke ofis, sebelum start kerja, terasa nak tulis entri ni...

Tulislah yang baik-baik di bulan Ramadan ni, at least sepanjang bulan mulia ni. Dan diteruskan ke bulan Syawal hingga bila-bila. Berhentilah melukai hati insan lain dengan tulisan yang bukan-bukan, perli dan sindir orang di fb, blog ke twitter ke kan... 

Orang pagi-pagi, mahu memulakan hari yang indah, segar dan gemilang, janganlah pula seawal pagi terbaca sindiran orang...

Aku harap aku bukan begitu...orang beri tuba, aku harap hatiku kuat untuk memberi madu...(tapi bukan nak bermadu...hehehehe...)

oh ya, aku ada beberapa gambar nak share lagi ni...
itik-itik bertiduran di Cheonggye stream...(salah eja lagi ni...hehehe)
ayat-ayat cinta di N Seoul Tower ( bukan aku yg buat okayy...saja snap..)
bunga-bunga ....di Namsan Park

tiga remaja Jepun yg cute...di Osaka Castle

Tiada ulasan: