Isnin, 15 Jun 2015

Di Ambang Ramadan 2015

Assalamualaikum. Salam manis semua.

Sehari dua lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadan sekali lagi.Mudah-mudahan kali ni kita lebih bersedia dan dapat beribadat dengan lancar dan tekun serta penuh takwa.

Saya nampaknya tak memulakan puasa minggu ini, insyaAllah minggu depan baru mula puasa. Tahun ni saya teda checklist macam tahun-tahun lalu, contohnya nak baca berapa ayat Quran sehari, berselawat berapa kali sehari. Tahun ini saya cuba yang terbaik, itu je janji pada diri. Ada satu yang penting nak diamalkan ~ elakkan membazir semasa berbuka puasa, dan menjaga sahur.

kepada semua yg beragama Islam, saya ucapkan selamat berpuasa, selamat menyambut Ramadan, semoga puasa kita diterima olehNya dan semoga ditemukan semula dengan Ramadan tahun depan.

Tiada ulasan: