Khamis, 25 Jun 2015

Trip Shopping@Saigon...part 2

Jom layan ceritera shopping dan round-round bandar Saigon part 2.

2nd Day

Kami keluar nda la awal, lebih pukul 8.30 pagi. Hotel ni tiada cafe atau restoran, kami sarapan sendiri dalam bilik ( insyaAllah nanti adalah review hotel juga). Makan roti dan bun yang dibeli di KLIA2 sebelum terbang semalam.

Aku pun as a leader nda pasti ni,ke mana arah nak dituju. So, minta map dari staf di reception counter tu. Minta penerangan sikit. Target ni nak ke Saigon Square. Kira dekat juga la Saigon Square tu kalau tengok dalam peta.

On the way tu, kami jumpa factory outlet, Taka Plaza dan restoran makanan halal. Jumpa jak area ni terus melekat. Lama juga kami di dua kedai ni. 
dari hotel, ikut jak jalan ni

Jumpa simpang empat ni belok ke kanan
kena melintas jalan untuk ke Taka Plaza
sebaris dengan Taka Plaza ...di sinilah tempat kami melekat lama

ni kedai beg Rose...beg deuter, kipling, macam-macam ada...

Yang kedai satu ni rasanya memang popular among Malaysian ni. Ada jak muka orang Malaysia masuk kedai tu. Sebab aku sibuk tanya baju kurung cotton salesgirl tu bawa aku naik ke stor. Kecik jak stor tu, paling dahsyat tangga tu tangga kaca tau. Frozen la pulak! Takut jak aku melangkah naik tangga tu satu-satu. Heheh..gigih jugaklah gara-gara mau baju kurung cotton.

Nah ambik ko, memang rambang mata tau tengok baju kurung. Semua tu dalam plastik, tapi boleh buka dan tengok corak kain, try baju tu pun di situ...no fitting room ok. Emm...memang bertapa la aku di situ. Hasil pertapaan tu dapatlah 2 pasang baju kurung cotton yang takde manik atau sulam. Yang bersulam atau manik tu dah berkali-kali aku belek, last-last aku lepas. Penyakit aku ni nak memilih baju memang lama, bengong undecided gitu. Lagi kalau dah banyak bertimbun macam tu, mulalah aku bingung. Member-member yang lain tu tak naik lagi time ni, aku sorang je yang sibuk dilayan oleh budak tu. Dia pulak jenis melayan macam separuh hati, asyik pasang muka ketat, tapi aku nda peduli...berjam-jam jugak aku memilih. hehehe...janji aku puas hati colour dan corak baju yang aku pilih. 
ni baju kurung cotton plain tiada manik atau sulam

ni baju kurung cotton sulam/manik
Ni beg kipling yg aku beli untuk anak sedara

Kat kedai ni adalah jugak tudung Neelofa tu (bukan ori yg pastinya), beli sehelai RM20, tudung 2 muka RM18 sehelai. Hari ni aku belum rasa nak beli tudung lagi. Aku nak beli kain / baju cotton semata-mata. Sepasang RM35. Baju kurung bersulam/bermanik RM65-68 sepasang. Murah ke mahal tu? Aku tak pasti sangat, tapi pada aku dah murah sebab baju dah siap.

Lepas tu singgah lagi kedai beg Rose tu. Melekat lagi member-member aku. Sebab aku tak berduit sangat, so aku tak beli beg deuter tu, beli beg Kipling jak untuk 2 orang anak sedara aku, satu sling beg dan satu beg kecik RM55, murah sebab owner kedai si Rose tu sendiri bagitau bukan Kipling ori. Member beli beg deuter saiz kecil (yang muat notebook) RM85, saiz besar sikt 32liter beg backpack RM185 (lupa yg tepatnya). Kira berjaya jugaklah aku menghasut member-member beli beg deuter tu. Masing-masing angkut satu.

Dalam bangunan yg sama, naik ke Tingkat 3, untuk lunch di Restoran Saigon Green House. 


no worries...ada sijil halal

Jus mangga & ice lime tea

prawn with black pepper & fish sweet n sour
prawn with garlic & kobis
bukti keenakan ...kira abis jugaklah semua lauk

Aku bagi **** bintang untuk restoran ni. Rasa, plating, suasana restoran. Pada aku memang ok sangat. Tentang harga tu lebih sikitlah kot dari restoran yang ada dekat-dekat area Ben Thanh tu. Untuk semua yang kami makan - nasi putih utk 4 orang, sayur kobis, prawn black pepper, prawn garlic, fish sweet and sour, 3 mango juice, 1 ice lemon tea (Total price : 644,000VND / RM111). Kami bayar sama-sama so, sorang kena 161,000VND /RM27.70. Mahal tapi oklah puas hati.

Agenda lepas makan, balik hotel dan solat. Penting untuk dapatkan hotel dekat-dekat area shopping kalau memang agenda untuk shopping. So, lepas solat baru sambung lagi. Kali ni ke Saigon Square. Saigon Square memang selesa la banding Pasar Ben Thanh tu. Banyak baju bajan jak di sini. T-shirt, kemeja, baju kanak-kanak. Rasanya baju-baju ni baju reject dari kilang Zara, Forever21, Abercrombie, Polo ... kalau pegang kain memang berkualiti, jahitan tu kena pilihlah tapi mostly ok cuma harga tu takdelah murah pun. Ada kemeja Ralph Lauren tu dijual dalam 160,000VND - 220,000VND. Blaus dan kemeja untuk ladies pun banyak, mostly saiz kecil-sederhana.

Dari Saigon Square merayap lagi ke Pasar Ben Thanh. Tak masuk pun, pusing-pusing area pasar jak sampai jumpa Malaysian Street. Aku tak tau pun area tu Malaysian Street, tapi aku bawak member-member pusing-pusing sebab nak cari area hotel yang aku stay masa first trip dulu. Memang mudahlah nak carik makanan halal area ni, kiri kanan restoran, beza sangat waktu first time aku datang dulu 2012, masa tu cuma ada Restoran Hajah Basiroh tu jak. So, kami terus duduk makan dulu.

Warung 1Malaysia Saigon. Harga makanan lebih murah tapi kebetulan makanan yang diorder memang tak sedap. Empat-empat macam sepakat jak order Mi Sup Tom Yam. Macam tuang sos tom yam ja rasanya.

mi sup tom yam yg kurengg

senarai menu
Service agak cepat, tapi part rasa tu kureng sikit.Mungkin kalau order yang lain sedap kot. Untuk aku, twister orange +ais + mi sup tom yam 90,000VND (RM15)...mahal kan..

Misi shopping kami teruskan di pasar malam. Pukul 10 malam baru balik hotel. 


Tiada ulasan: