Khamis, 25 Jun 2015

Trip Shopping @ Saigon ...part 1

Assalamualaikum...salam manis semua...
Syukur kepada Tuhan, dalam keadaan belum 100% sembuh, aku sempat jugak merayap ke oversea, walaupun sekadar ke Saigon @ Ho Chi Minh City. Trip kali ni berempat, member yang sorang ni memang pernah 2 kali travel ngan aku, yang 2 orang lagi baru kenal. Menambah kenalan lagi.
Trip ni memang full dengan kisah shopping jak, memang tiada langsung sightseeing. Keluar hotel, jalan-jalan round kedai, makan, balik hotel, keluar lagi. Gitulah tu. Trip pun 4 hari 3 malam jak. Kali ni aku rajinkan diri update awal-awal sementara masih panas , takmo jadi macam trip Sydney sampai sekarang nda selesai. Ok. Let's start.
1st Day:

Flight dari KK ke KL pukul 10.55pagi. Delay. Biasa la tu. Pukul 11.45 baru kapal bergerak. Sampailah KLIA2 tengahari. Flight ke HCMC masih lama lagi, pukul 8.45 malam. Tapi masa tu nda terasa berjalan, makan, tukar duit, gi solat tup-tup sudah boleh drop luggage. Sedikit gelabah time drop beg ni, aku ni memang nda beli 20kg  luggage tu, mau jimat punya pasal, tapi memandangkan kawan-kawan yang tiga orang ni semua drop luggage dan jalan lenggang kangkung jak, jeles la pulak kan. Aku tumpang la kg dorang tu. Itupun beg aku jak dah 7kg. 7kg tu, alone...padahal dalam tu maggi cup 2 ketul, biskut 4 peket, 3 in 1 4 pcs, ditambah segala mcm baju bajan aku la ofkos. Tu pun terpaksa aku mohon simpati kawan-kawan ni, masuk beg dorang lagi segala baju aku. So, moralnya, baik aku janganla ada hati shopping lelebih. Duit aku tak bawak banyak ni. Dengan selsema aku lagi, aku rasa semangat shopping aku nda la segagah mana.
Ok, lepas selesai urusan drop luggage, makan di Bibik Heritage, restoran Baba & Nyonya, ngam-ngam jak kedudukannya depan area drop luggage tu.  Makanan so-so je, bolehlah terima, *** bintang.
dari segi exterior memang menarik...
Terbang ke HCMC dengan selamat dan penerbangan yg aman damai tanpa turbulence. Syukur. Sampai airport, pergerakan kami agak slow. Nampak kedai top-up terus empat-empat menyerbu, masing-masing kecoh nak beli simkad Vietnam. Baik pula nasib kami. Dapat kupon diskaun untuk teksi. Separuh harga! Siap lagi budak kedai tu tulis nama hotel nama, dan call teksi. 
Takut juga tau. Ikut yang aku baca, teksi Vinasun jak yg kira nda menipu di Saigon ni. Ni karang naik teksi syarikat lain takut kena paw kaw-kaw pula. Aku walaupun kali kedua ke Saigon ni, nda boleh pakai juga, eksyen jak lebih, trip pertama kali dulu ada guide. So, aku doa jak dalam hati janganlah kena tipu. Kawan-kawan ni bukan tahu ni, semua selamba rock jak follow aku. 
Teksi tu yg budak kedai phone tu call memang bukan teksi Vinasun, bukan juga Mailinh tu. Yg bestnya driver teksi perempuan...gadis kecik molek, lawa lagi tau. Haruslah orang lawa ni nda menipu kan..hehehhe orang tak lawa jangan kecik hati tau. English dia limited jak katanya. Bila tanya tahu ke tidak hotel Ruby yang kami booking ni, tau je jawabnya.

Airport Saigon

Menunggu kedatangan teksi
On the way ke hotel kawan-kawan dah sakai tengok motor punya banyak kat Vietnam ni. Masing-masing sibuk rakam video kunun. Aku dah tak hairan tapi dalam hati risaulah jugak macamana nak melintas jalan nanti. 
Sampai hotel, masalah la pulak. Taklah seteruk si Supermeng langsung nda dapat bilik, hehehe aku booking 2 bilik twin, dapat satu jak. So, penyelesaiannya, kami terpaksa berasak berempat dalam satu bilik twin untuk first night ni. Disebabkan aku belum bayar, cuma booking jak melalui booking.com, so kira belum rugi apa-apa lagi. Staf hotel janji esok kami akan dapat satu lagi bilik. Dia siap cadang ambik family room. Tapi aku taknak, fikir-fikir bilik family tu bukannya besar mana pun, takut nanti barang rampasan kawan-kawan aku ni melambak dan melonggok nanti jadi nda selesa.
Hotel ni memang penuh ngan Malaysian jak. Kebetulan ada satu group lelaki pertengahan usia (nak bagi istilah lain tapi apa???) dok melepak kat lobi yang kecil tu, jadi nda selesa tau. Peramah la jugak jejaka-jejaka berusia dan berbini semuanya tu siap suruh kami berehat jak la dulu sebab baru sampai. Gitu. Umm, tak menyempat berehat, aku dah ajak dorang bertiga tu pegi pasar malam. Lepas letak beg terus turun lagi. Hotel pulak punya dekat ngan pasar malam, tak perlu crossing the road bagai.
Member-member beli laici

Suasana pasar malam sama macam 3 tahun lepas

ikan talapia bakar...berani tengok dari jauh jak..


lukisan, kraf
First night ni cuma tengok-tengok ja. Adalah aku try usha satu handbag tu,dari RM150, last dia bagi diskaun RM95, aku rasa mahal lagi,, macam tak berbaloi sebab beg tu bukan ori pun. Last aku ignore jak seller tu, macam biasa la penjaja-penjaja pasar malam ni pandai cakap Melayu. Kebanyakan barang-barang yang dijual pun masih macam 3 tahun lalu. Harga 3 tahun lalu aku nda ingat sudah, yang kuingat dulu kebanyakan urusniaga guna dong (VND) atau USD. Sekarang ni RM makin laku.
Tak beli apa-apa pun malam ni. Semuanya window shopping jak.
 
bersesak berempat dalam bilik twin...

Tiada ulasan: