Rabu, 1 Februari 2017

Seoul 2016 ~ Winter Trip....part 1

Assalamuaikum & salam manis...

...travelogue winter trip Seoul 2016...panjang lebar sikit entri travelogue ni ye. Al-maklumla lama nda mengarang dan catatan sebegini bertujuan untuk tuan tanah kedaung ni baca balik suatu hari nanti, sebagai rujukan dan kenangan gitu. Gambar-gambar adalah diambil guna handphone jak kali ini, kamera Nikon buat hal, so bergantung harap kepada hp jak...that's why gambar-gambar adalah kurang lawa ( amaran awal ).

22 December 2016 ~ 30 December 2016


Day 1   ~ Departure and arrival
Perjalanan bermula dari KK ke KL. Flight pukul 7.35 malam. Lewat 15 minit sebab kapal lambat sampai. Sampai di KLIA2 kira-kira pukul 10.15 malam. Bermulalah adventure mencari tempat lepak. Masa ni tekak mula rasa perit-perit. Mencuba juga redakan rasa mau selsema dengan membeli air cap badak dan gula-gula untuk tekak.

Plan A tidur di surau lepas selesai solat-solat semua. Pergi ke surau level 2, kecilnya surau dan sudah ada beberapa orang lepak di situ. Rasa kurang selesa. Pergilah ke Capsule by Container, hostel berkonsep ala-ala bilik mayat tu..huhu.., inipun tidak bernasib baik. Semua bilik penuh. Menyesallah pula nda book awal-awal lagi. Akhirnya pasrah jak tidur di surau aras 1.Sudahnya aku cuma dapat tidur dalam 40minit...

Pukul 5.00 pagi bangun, terus ke level international departure. Boarding pukul 6.55pagi.  Memandangkan teringat luas dan jauhnya gate international ni macam masa pi Sydney dulu hampir terlepas flight, berjalanlah kami slow-slow. Breakfast di Burger King, lepas tu jalan slow-slow ke gate.

Kali ni fly tepat masa atau lewat beberapa minit jak.  Seat no 25. Di tengah la juga. Member aku KZ di tepi tingkap, aku di tengah dan sebelah aku remaja Mat Salleh yang nampak sopan dan beradab. Aku tidur setengah jam jak. Lepas tu layan perasaan dan main game.  Waktu hampir Seoul sudah, terasa ngeri tengok awan tebal. Dalam fikiran terfikir, macamanalah kapal ni mau tembus awan tu punyalah tebal. Alhamdulillah sangat, landing smoothly and safely.

Baru berjalan di walkaway dari kapal ke bangunan airport pun sejuk gila. Aduhai…ini memang perlu jaket tebal ni. Selagi dalam bangunan yang ada heater ni belumlah merasa kesejukan berganda-ganda tu. Lepas jak dapat luggage, terus sarung jaket tebalku. Beli T-Money, dapatkan map subway, pergi bertanya di tourist information booth dan akhirnya pi beli tiket di kaunter bas airport limousine.

Masa di Seoul awal sejam. Pukul 6.30 petang sudah gelap macam malam di Sabah.
Aduhai, gelisah juga. Takut pihak guesthouse anggap booking tu batal. Lewat sudah sampai daripada masa yang diberitahu melalui emel sebelum ni.Menyesal juga berlama-lama di airport tadi, buang masa sejam di airport tadi.
dalam bas ...tak ramai penumpang...semuanya tourist

Pukul 8.30mlm akhirnya sampai di Dongdaemun History and Culture Park. 2 kali aku hilir mudik bertanya driver. Padahal tiap kali bas ada pengumuman akan berhenti di hentian mana, tapi bila travel begini, mulut tu jangan kurang bertanya, jangan berat mulut, untuk yakin haruslah begituAdui, tapi kan waktu turun dari bas tu saja rasa mau tumbang kesejukan. Sejuknya.

Lebih kurang 1 jam lebih macam tu perjalanan dari Incheon Airport, akhirnya sampai di guesthouse 24 Guesthouse Dongdaemun.

Check-in mudah dan pantas je.Namja yg jaga kaunter pun bagus Bahasa Inggerisnya. Lepas bayar, terus dapat kunci bilik .
dah dapat bilik

Ikut plan  itinerary aku, sepatutnya lepas check in jalan-jalan dulu ke Cheonggye Stream sampai Gwanghamun Square. Tapi, oleh kerana aku semalaman nda dapat tidur dan kesejukan yang melampau bagi orang-orang yang datang dari negara panas ni, rasanya baik mandi, tukar baju dan tidur jak. Di luar tu sebenarnya adalah -1 darjah celcius. Jauh beza dengan 32 darjah celcius di Sabah.

So, lepas mandi, bersihkan diri dan solat kami pun tidur.

Day 2

Bangun pagi di Dongdaemun, Seoul. Mengintai keluar, jalan raya sudah banyak kereta tapi pejalan kaki belum ramai. Yang ada sorang dua tu semuapun berkelubung dengan winter coat. Ini mesti sejuk ni.

Lepas sarapan sendiri makanan dari Malaysia ~ bun, maggi dan nestum 3 in 1, lepas tu terus bersiap. Plan hari ini ialah melawat ke Changdeukgong Palace, jalan-jalan di Insadong dan malam ke Itaewon.

Dongdaemun History and Culture Park station just across the road. Cross the road, turun tangga ke DDP teruslah nampak exit 1 stesen tu. Turun sampai Anguk Station. Keluar exit 5, jalan lurus sampai jumpa tourist information booth Insadong, maknanya sampai di di Insadong tu.

Tapi sampai sini kami keluar Exit 6 dulu sebab nak ke Changdeukgong. Tahun 2014 dulu aku pegi sini ngam hari istana tu tutup so aku pergi ke Istana Gyeongbokgung. Bagi aku Gyeongbokgung tu tak berapa lawa areanya. Ikut pembacaan aku, Changdeukgong istana paling menarik bagi local sendiri.
pintu masuk utama istana


pokok-pokok yang togel

menuju ke arah kiri
Kami ambil tour Secret Garden sekali. Memang berbaloi-baloi ambil tour ni. Of course la ambil yang dalam bahasa Inggeris. Adalah sikit perlu turun naik bukit  tapi masih boleh dibuat walaupun oleh orang yg kurang exercise macam aku. Secret Garden ni memang highlight dan something special untuk istana ni. Tenang dan indah. Pokok-pokok yang togel tak berdaun tu tetap nampak indah jak. Kalau musim luruh ni, tambah berbaloi-baloi ni…mesti makin lawa Secret Garden ni. Macam dalam blog Supermeng tu, dia pegi time autumn. Pegi time winter ni kalau ada salji bertompok-tompok atas tanah, celah ranting tu kan lagi lawa. Tapi kan, time ni salji belum turun turun walaupun sejuknya aduhai…

Secret Garden ditutup sebelum tour bermula...so, kena tunggu sampai gate ni dibuka
menuju spot #1
gerbang/pintu keluar masuk berbeza ikut kedudukan
layan boring ambik gambar ahli-ahli tour

spot #2

semuanya brownish je...walking to spot # 3

one of the pond

berjalan keluar dari Secret Garden


bangunan bersebelahan Changdeukgong Palace

beli berangan di Insadong...sedap makan waktu sejuk-sejuk ni
 Lepas selesai, kami jalan slow-slow ke Insadong pula.
me & the pigeon...nah, puas hati dpt bergambar di sini...

deco tema Krismas


Lepas tanya serba sedikit di Tourist Booth, terfikir untuk booked shuttle bus ke Nami Island lusa. Memang  sudah study cara-cara ke Nami Island guna subway. Tapi memandangkan badan ni macam nda berapa sihat dan musim sejuk lagi, aku ambil keputusan ikut shuttle bus saja.

Tak susah carik office Naminara Republic ni, ada papan tanda kecil. Cari dan intai saja sepanjang Insadong tu, mesti ternampak punya. So, kami booking return trip. Plus ferry ticket dan visa round trip ke Nami. Total semuanya 23,000 won. Mahal lah kan, tapikan badan ni macam kureengg sihat so, ambillah pilihan ni daripada turun naik train baru sampai Gapyeong, lepas tu nak kena mencari teksi ke wharf lagi. Kan ke seksa…berjalan waktu winter ni pun dah cukup seksa.
Plannya hari Isnin.

Tempat tunggu bas pun kami check awal-awal. Dekat ja dengan Insadong tu. Lepas 7-11 Insadong tu, nampak Tapgol Park di depan sana …cross the road.

So, kami balik ke 24 Guesthouse Dongdaemun. Lepas makan, rehat dan solat pukul 4.30 keluar lagi.



bersambung.....

Tiada ulasan: