Jumaat, 3 Februari 2017

Seoul 2016 ~ Winter Trip...part 2

Sambungan Day 2...

No...no...no ...silap info, bukan keluar balik pukul 4.30petang. Pukul 5.30petang waktu Seoul okay. Dan waktu kami keluar ni mula sudah gelap grey-grey gitu.

Beratur panjang di subway Itaewon....

Tujuan keluar adalah untuk ke Itaewon, mau makan secara lengkap dan berkhasiat. Kunu...

Malam ni malam Krismas...umpama malam raya. Ofkos la subway penuh sesak dengan pelbagai lapisan manusia terutama sekali couple yang berdating-datingan.

Sampai jak di Itaewon ( selepas bertransfer line 2 x...punya hazab mo sampai di sini...tapi demi Korean dish kurelakan saja la), barisan panjang okay di escalator. Escalator pun antara gerak dengan nda gerak jak. Macam siput. Sebenarnya aku lupa exit mana nak dituju, so sibuklah lagi bertanya di tourist information booth tu. Exit 3. Muree Restaurant tempat dituju. Restoran ni juga la yg aku suka walaupun ada banyak restoran halal lain di Itaewon.

Alhamdulillah. Memang kenyang betul. Perut terus kembang berlipat-lipat lagi. Habis kan aku terpaksa licinkan sorang bulgogi tu sebab KZ pantang makan daging. Order lagi telur dadar, aku pun nda faham nafsu makan sendiri, mana lagi side dish. Sekali datang makanan seksa mau habiskan. Nasiblah lepas makan kena berjalan kaki lagi, terbakar juga kalori tu.


telur dadar pun diorder jugak....

bulgogi....aku sorang licinkan ni...huhu
Rice cakes...4 jenis

side dish....bilis tu feveret aku
Itaewon
Itaewon

Sebab masih awal, lebih kurang pukul 9.30malam, so kami singgah lagi di Myeongdong. Seperti kuduga, Myeongdong penuh sesak dengan manusia. Jadi bingung dan rimas. Terus masuk The Faceshop ( tiada yang ku berkenan )...masuk lagi Nature Republic baru puas hati. Offer memang best. Terus sambar BB dan CC cream. Aku memang perlukan benda ni sangatt sebab muka aku dah mula pink kekeringan. Kalau pink glowing nda apa juga, ni pink kering...
Myeongdong ...penuh sesak

Sekejap jak di Myeongdong. Misi membeli cc cream tercapai. Terus balik guesthouse. ZZZZ.....bersambung...

Tiada ulasan: