Isnin, 6 Februari 2017

Seoul 2016 ~ Winter Trip.... Part 3

Assalamualaikum...dan salam sejahtera

Day 3 ~ travelogue


Pagi Krismas di Dongdaemun, sunyi jak. Kami pun keluar agak lewat. Pukul 9.30 pagi baru terkedek-kedek keluar. Hari ni  ke N Seoul Tower. Kali kedua bagiku, bagi  KZ first time. Dia ikut jak ni, aku yang excited sebab tak sabar nak tengok area ni time winter pula. Dulu aku pegi musim bunga.

Rasa best jak berjalan hari ni, sebab nda payah sulit-sulit bertransfer train. Dari Dongdaemun History & Culture Park terus ke Myeongdong. Waktu dekat-dekat dah tangga ke stesen cable car tu, tetiba terperasan ada beberapa orang perempuan ni macam tengah skodeng jak.
van SBS...

Menyibuk la jugak mengintai-intai. Rupanya ada rombongan SBS. Van SBS …lepas tu lori lagi, ada shooting drama kot. Nampak gaya macam shooting tu dalam restoran atau rumah sekitar-sekitar stesen cable car tu.
Masa tengah berbaris nak beli tiket tu terdengarlah ada orang mention pasal tu. Rupanya shooting drama Legends of the Blue Sea, yang Lee Min Ho hero tu. Huhu…mujurlah aku bukan fan drama ni. Kalau aku fan drama ni, nah sudah, nda pasal-pasal aku berkuntum di area cable car tu hingga ke petang.


Off we go to Namsan Tower. Kesian KZ, sekali keluar dari cable car rupanya kena naik tangga lagi…huhu…aku pun ajak dia relaks jap …enjoy the view. Penat naik tadi rasa hilang tengok view. Tadi pun dalam cable car dah rasa happy nampak view bandar Seoul. Really enjoy our time here. Dekat 2 atau 3 jam di sini. Ambil gambar sepuas-puasnya. Wefie puas-puas sebab dulu pegi sorang tiada gambar yg ada muka sendiri di sini, hari ni balas dendam.  Memang kuranglah gambar view kali ni. Penuh dengan muka kami jak. Gambar view yang mana sempat disnap itulah yang dikongsi ni. Lagipun, kali ni aku bawak handphone je.Semalam tetiba kamera Nikon aku buat hal.
view dari dalam cable car # 1
view dari dalam cable car # 2

And I think I didn’t miss someone here. But, this place remain special to me. Special in my memories and my heart. N Seoul Tower clearly mark as my favourite place in Seoul.
my favourite pic


orang agak ramai
Tukang gambar terlebih pose banding yg digambar
ni je bunga yang ada kali ni...bunga kobis...
Kota Seoul

tak sanggup nak turun ke bawah, ambik gambar dari atas je

fav pic # 2

 
kunci-kunci cinta


Lepas berjam-jam di sini, kami turun. Mula-mula ingatkan salah arah sebab kami follow locals jak tadi tapi betul juga keluar berhampiran Exit 3 tu juga. So, naik subway ke Namdaemun. Selain cuci mata tengok souvenir, tujuan utama nak beli kebab tu. 
 
kedai kebab
Belum banyak souvenir yang kami beli terutamanya aku yang bingung. First time datang dulu rasanya hampir semua office mate dapat, now ni nak beli apa lagi? So, aku cuma beli sepapan nail clipper jak.10,000 won harga macam dulu jugak cumanya sekarang nilai duit kita yang makin jatuh.

Terus ke Adnan Kebab. Syukurlah daya ingatanku masih kuat. Masih ingat arah ke kedai kebab tu. Seronok pula berbual dengan orang Morrocco ni. Actually, orang yang jaga dan masak ni bukan Adnan tu mungkin kawan dia jak. So, ingatkan orang Turki rupanya orang Morocco dan pernah datang ke Sabah…pi Sandakan lagi. Aiseh, bangga la jugak…lepas tu kami cakap Melayu jak. Dia pun fasih. Lama dia di KL dulu… entah macamana boleh tercampak kat Seoul ni pulak. Yang itu nda sempat temuramah. 
Aku ikut jak  KZ order kebab sampai dua. Ikutkan pengalaman aku hari tu, satu pun potionnya cukup besar dan mengenyangkan. Tapi bolehlah untuk supper kot. Lagipun time winter ni cepat lapar.

Seriously, chicken rice kebab dia memang sedappp…yummy. Cukup perisa dan daging ayam tu cukup lembut. Sedapp. Kebab kat Sydney hari tu memang takleh lawanlah. Yang ni lagi sedap.

Ni yang buat kami mau pegi lagi ni. hehehe… lagipun Namdaemun memang kena pegi lagi untuk shopping.









Tiada ulasan: