Isnin, 9 Oktober 2017

Beware travellers...

Salam sejahtera..Salam Oktober..

Semalam aku terbaca berita kematian salah seorang keldai dadah warga Malaysia di Peru. Nda sempat balik ke Malaysia, kesian. Memanglah ajal maut bila dan di mana tu sudah ketentuan Allah SWT. Kita pun nda tau di mana dan bila penyudah kita... Cumanya bila baca berita begini terus timbul sedikit ( banyak sebenarnya ) rasa takut tau ...lagi-lagi kita yang perempuan ni.

Terus aku baca dan baca lagi kes-kes keldai dadah ni. Malaysian adalah salah satu negara target scammer-scammer ni, agaknya pasal kita Malaysian ni lembut hati kan senang terpedaya. Kebanyakan mangsa ialah perempuan, diperdaya dengan pelbagai cara tau. Ada yang boyfriend yang tipu, ada satu kes tu sebab kena dengan perempuan yang baru kenal dalam few months, then diajak pi melancong, masa nak balik Malaysia dah kena kat airport.Of course la media sosial adalah salah satu tempat mudah nak kena. Ataupun aplikasi chat-chat ni la..( aku takde account wechat pun...hehehhe). Perasan tak kalau kat instagram atau FB ada jak mamat fake yang request nak jadi kawan atau follower. Aku gelar fake sebab bila aku check-check account fake macam ni memang ketara nda real tau. Kalau real people, nampaklah post-post berkaitan hobi ka kehidupan seharian ka, ini macam ada belas-belas post...itupun teda orang komen, macam teda kawan. So beware girls, ladies...lebih-lebih lagi kita yang single ni, sangatlah tak logik jika ada lelaki Mat Salleh or Arab ke nak jadi kawan...rajin-rajin stalk account orang tu. Entah-entah si awang hitam di sebalik profil orang putih tu...huhu. Aku memang delete atau ignore jak request macam tu. Instagram aku pun dah private. Ndada la mo berangan berboipren kan orang luar negara atau so called lelaki Malaysia yang success yang sedang bermastautin di oversea.

Satu lagi...mostly mangsa jadi keldai dadah tanpa sedar. Tiba-tiba jak luggage atau handbag even selipar or kasut didapati ada sejenis dadah. Nda pasal-pasal tau...huhu...dari yang aku baca, mangsa kena sebab masa di airport tetiba ada someone minta tolong tumpang bawakan beg (konon luggagenya banyak nda cukup pula kilo tu), lepas tu ada lagi kes orang minta tolong jagakan beg dia dia pegi toilet, tau-tau orang tu nda muncul-muncul mangsa pula terkena...huhu...

Ini satu juga kan sebab mengapa kita kena hati-hati terutama dengan orang baru dikenali. Jangan sampai baru borak berapa minit sudah minta tolong itu ini atau pun orang tu baru dikenal tapi baik semacam sama kita. (susahnya nak husnozon di akhir zaman ni kan...)Secara logiknya, selain adik beradik laki bini anak-anak ko , adakah orang percuma-cuma mo bawa pi melancong. Melancong tu lagi tempat sarang dadah atau nda popular di kalangan travellers Malaysia macam Venezuela, Addis Ababa ( tetiba aku teringat lipstick Nyx...hehehhe), Carribean...

Ngeri skeri pula aku bila fikirkan semua ni. Terus cuak mo travel solo lagi. Must check out our destination, read more and beware more. Doa dan tawakkal jangan tinggal la. Peringatan untuk diriku dan sesiapa yg membaca ni.


Tiada ulasan: