Khamis, 12 Oktober 2017

Cuti-cuti Malaysia : George Town, Pulau Pinang ~ Part 2

Sambungan dari Part 1

Hari kedua trip singkat kami.

16/9/2017

 Pukul 7.30am  ~ Mengintai di tingkap,  hujan juga Subuh tadi , jalanan masih nampak basah tapi ada tanda-tanda cuaca lebih baik hari ini... Haraplah cerah ni sampai ke petang, kalau nda alamatnya bertapa dalam bilikla kami sepanjang percutian ni.

Jalan masih basah

good morning George Town

Kira lewat juga kami mengatur perjalanan. Study map, sarapan dan borak-borak, akhirnya pukul 9.00 pagi barulah kami keluar. Syukurlah pagi ini cuaca lebih baik di Pulau Mutiara ni. Matahari belum bersinar terang lagi tapi perlahan-lahan jalan yg basah mulai kering. Bagus juga cuaca begini, mudah dan  selesa bagi kami berjalan kaki, kalau cuaca cerah biasa, mau berpeluh ketiak berjalan tengah panas.

basikal untuk disewa di depan hotel
Ramai pelancong yg berbasikal, kami pilih berjalan kaki jak dan akan naik CAT bas sekiranya perlu. CAT bas tu bas percuma untuk tourists di dalam bandar ni. Laluannya pun dalam kawasan bandar George Town ni jak. Tapi sebenarnya, paling senang, simple dan sihat, jalan kaki ja. Bukan jauh juga antara setiap spot yang menarik tu. Kalau mau feeling-feeling tourist antarabangsa boleh bah naik biskal pusing-pusing George Town ni... hehehhe... 

Kami jalan kaki dari Armenian Heritage Street Hotel sampai ke Masjid Kapitan Keling, pagi-pagi ni masjid ni berkunci mungkin supaya senang kariah masjid bersihkan masjid, dari luar nampak kemas bersih jak masjid ni. Jalan lagi, jumpa kuil lepas tu, Gereja St George’s dan akhirnya singgah sekejap di Penang 3D Chocolate Museum. Dapatlah sejukkan badan sekejap kat dalam tu. Coklat di sini mahal, bagus lagi beli di airport masa balik nanti.

Masjid Kapitan Keling
 
ambil gambar dari luar, pagar masjid berkunci
Kuil

 
Gereja St George

Kami berjalan santai jak. Lagipun jalan agak lengang kurang kenderaan, rasa selesa berjalan.Ada juga pelancong lain berjalan kaki, nda juga rasa pelik ronda-ronda bandar ni sambil jalan kaki.

Sampailah ke area waterfront Padang Kota. Di sini kami lepak lama sikit. Sempat lagi makan aiskrim di sini. Dari jauh nampak Tanah Besar Semenanjung di seberang sana dan ada feri sedang bergerak, mungkin ke Langkawi. Okay lainkali bolehlah naik feri ke Langkawi pula. Buat trip 2 dalam 1. Penang & Langkawi. Lepas tu masuk Hatyai lagi....Wah, mula sudah mahu berangan…

Bangunan mahkamah

Muzium Coklat

Beca

Monumen lama
 
taman


hotel

Dewan masyarakat

Majlis Bandaraya
Hari Sabtu ni memang santai di George Town , serupa macam KK juga, tapi macam di KK kalau weekend begini sama jak busy banyak kereta di area Jalan Pantai tu. Pukul 11.30 pagi kami bergerak ke arah Fort Cornwallis dan singgah sekejap di Esplanade untuk lunch. Mencuba mee sotong dan pasembur. Rasanya biasa-biasa saja. Bukan taste aku…hehehe…. 
pokok tanjung
 
Feri


Tanah Semenanjung nun di sana

Mee sotong
Bayaran masuk ke Fort Cornwallis RM10 sahaja untuk Malaysian. Kebetulan di sini ada pelajar Pelancongan tengah buat survey. Kami pun layan saja, dan luangkan masa isi form yang diberi. Lepas tu dapatlah fridge magnet sebagai gift. Best juga tengok view laut dari kota lama ni. Bestlah juga area ni...

menara jam

menarik juga bangunan di sana tu

pintu masuk kota lama

dalam kota lama
 
area jeti


Lepas puas bergambar-gambar di area jeti, dan Fort Cornwallis ni kami balik ke hotel, masih juga berjalan kaki , alhamdulillah kaki masih kuat dan berstamina mo jalan time ni.  Pukul 4.00 petang baru kami keluar semula, mahu menyusur area Art Street pula nanti.

 Bersambung....

Tiada ulasan: