Isnin, 4 Mac 2013

Vietnam - Trip ke Mekong


Mekong atau Delta Mekong ni memang tak asing lagi di telingaku...sejak kenal subjek Geografi lagi aku dah tahu serba sedikit tentang sungai ni.  Delta ni  menjadi sumber kepada penduduk Asia Tenggara terutama di Viet Nam, Laos, Myanmar dll....sumber makanan, jalan perhubungan dan sekarang dah menjadi salah satu tarikan pelancong.

Sejujurnya, aku rasa sungai atau delta tu sendiri tak menarik langsung. Semasa ikut trip ke Mekong Jun 2012, aku tak rasa ada view yang menarik sepanjang trip tu. Tapi, ada juga pengalaman, budaya dan cara hidup orang Vietnam ni yang dapat dilihat, dipelajari dan lain daripada cara hidup kita...
 dalam bot ... kebanyakannya tourists Barat

Delta Mekong itu sendiri memang luas, ada tiga buah pulau yang biasa jadi destinasi persinggahan pelancong. Pulau yang pertama tu katanya pulau laici, tapi masa aku pergi hari tu tak bernasib baik, bukan musim laici. Di pulau ni, kami dihidangkan dengan teh dan madu. Lebah madu di sini hinggap pada bunga pokok laici, so dikatakan rasanya istimewa berbanding madu di tempat lain.

di pulau ni ada jugak gerai-gerai menjual souvenir, lebih murah dan boleh ditawar

Dari  pulau ni jugak kami naik sampan menyusur sungai kecil dan kembali ke bot. Naik sampan ni lebih kepada merasai cara hidup orang Vietnam je, kalau nak harapkan view cantik memang hampeh...sungai tu airnya macam teh tarik...sepanjang tebing sungai, cuma nipah dan bakau, pemandangan biasa macam di sini.

Dari pulau ni kami ke pulau kelapa. Menurut kata guide, pulau tu terkenal dengan perusahaan kelapa, contohnya macam gula-gula kelapa, sabun dll


Tiada seorang pun antara kami sanggup membeli gula-gula di sini bila nampak anjing-anjing tuan kilang ni berkeliaran. Yang pelancong Barat, pelancong Jepun tu pun tak berminat. Faktor kilang ni tak berapa nak bersih pun iya jugak. 

Lepas habis sesi lawatan dan penerangan di pulau ni, kami pergi ke pulau ketiga ...pulau ketiga ni tak pula dinyatakan keistimewaannya sebab kata guide pulau tu untuk singgah makan je...

Disebabkan tiada makanan halal dan kami pun agak was-was, kami cuma order minuman tin je di  situ. Mood masing-masing dah mood nak balik Ho Chi Minh terutama dua orang member yang otaknya shopping dan shopping tu, ...Honestly, mood aku nak tangkap gambar di pulau ketiga ni memang dah zeroo....sangat letih dan boringg...

Tahap keletihan tu memang memuncak dan mood tetap tak elok bila sampai ke pulau terakhir. Di pulau terakhir ni, ada persembahan nyanyian dan adalah sikit dihidangkan buah-buahan. Persinggahan di sini tak lama, lepas licin buah-buah tu kami balik.

Sampai di jeti, kami menunggu bas lebih kurang 30 minit dan bertolak balik ke bandar HCMC.

otw balik ke Ho Chi Minh City...snap  dalam bas



Mekong Rest Stop...

Dalam perjalanan balik sempat singgah di Mekong Rest Stop, tempat ni ada kedai souvenir ( mahal!), tandas dan kafe. 

Trip ke Delta Mekong ni memakan masa sehari. Dari Ho Chi Min ke jeti bot Mekong tu dalam 1 jam lebih, tour ke pulau-pulau di sungai Mekong tu lebih kurang 4 ke 5 jam dan perjalanan balik 1 jam. Day tour ni rasanya boleh dibeli sehari sebelumnya. Bagi aku, trip ni yang menariknya masa dalam perjalanan pergi dan balik ke Mekong. Dari dalam bas tu, aku nampak cara hidup orang Vietnam. Antara perkara yang aku perhatikan
- motorsikal ialah pengangkutan utama, di jalan raya cuma bas dan lori yang menguasai, kereta persendirian sangatlah kurang.
- banyak warung makan tepi jalan menyediakan buaian...mungkin lepas makan, pelanggan boleh berbuai-buai kekenyangan...sayangnya aku tak snap benda ni sebab dalam bas, dan kamera aku tak berdaya untuk memfokus...swing ni ada dijual penjaja sekitar Ben Tanh harga lebih kurang USD5 kalau tak silap.
- vietnamese naik motorsikal sesuka hati je...no rules...takde helmet, keluar masuk simpang pun sesuka hati, naik motor kecik bawak satu family, laki, bini, anak, cucu...hehehe
- kebersihan tak dititikberatkan...sepanjang tepi highway banyak sampah
- jalan raya ok ...tak berlubang...mungkin sebab pengguna tak banyak
- rumah-rumah Vietnamese ni simple dan kecik-kecik...

Sekurang-kurangnya trip ni menampakkan 'wajah' rural Viet nam, Mungkin tak sepenuhnya tapi lebih baik daripada hanya sekadar melihat, menjejak kaki di bandar Ho Chi Minh semata-mata. Dan jangan lupa tips untuk makcik pendayung sampan...


Tiada ulasan: