Khamis, 20 Disember 2018

Guangzhou : Makan-makan

Assalamualaikum & salam manis.


Bosan dan malas jak hujung tahun ni, baik update blog tambah entri untuk tahun 2018 ni,.

Sepanjang di Guangzhou 4 hari ( full day cuma 3 hari ) sempat makan di 4 restoran berbeza. Tiga restoran Cina Muslim dan yang satu lagi restoran Arab.

Macamana cara nak pegi tu tak dapat share sangat, sebab kami pegi ada guide. Aku ni pegi mana-mana suka pegi sendiri tapi kadang macam  trip ni, member request nak pegi ada guide, ikutkan je la. Dan aku pun tak cerewet asalkan trip menjadi dan happy-happy je.

Entry ni cuma dapat share suasana dan review makanan tu je la. Maaf ye. Cumanya nak highlight ni, makanan halal di Guangzhou tidaklah terhad kepada makanan Pakistan/Arab/kebab. Kita boleh je merasa makanan cina yang halal. Ofkos la favourite aku mee tarik. Kali ni, tak jumpa sate kambing. Kebetulan aku tengah jaga hypertension aku sebelum trip ni dan bila pegi ni aku pun batalkan niat aku yang nak makan sate kambing yang sedap dan lazat tu.

Restoran pertama yang kami pegi untuk lunch ialah Restoran Abdullah Qinghai Moslem Restaurant, ikut alamatnya ni terletak di San Yuan Li, nampak dari tepi jalan besar. Aku bagi 3 bintang je untuk restoran ni. Itupun sebab suasana dalam tu yang nampak lawa, toilet bersih dan kering (plus ada paip dalam toilet) dan free wifi. Sebab free wifi tu dapatlah aku hantar mesej untuk family dan best friend di Malaysia.

selera potong bila semuanya masin kecuali nasi dan chinese tea...huhu

meja banyak dan nampak grand 

jelas nampak logo masjid dan halal

Tak tahulah apa mood chef tu masa kami pegi, mentang-mentanglah kami bertiga jak. Masak pun masin jak... kami makan pun sekadar untuk dapatkan tenaga jak. Nasiblah pegi sekali jak restoran ni.


Next, restoran kedua tak tahu nama apa tapi terletak di area Shangjiaxiu Pedestrian Street.
.

buku menu


tarik jangan tak tarik

kecik je kedainya, ada 4-5 meja je

hand pulled noddles with egg 

beef dumpling in soup - ada 20 biji dumpling dalam tu

telur - yang hijau tu cili hijau...pedas 

our simple dinner 
Makanan sedap dan agak murah. Suka restoran kecil dan biasa macam ni.

Restoran ketiga pegi masa dinner dan pegi sekali lagi masa lunch, again tak tahu apa nama restoran ni, cuma aku share gambar depannya yang boleh nampak dari jalan besar, ikutkan namanya dalam tulisan rumi Green Health Muslim Restaurant. Restoran biasa-biasa jak bukan yang selalu group tourist pegi. So, boleh nampak dalam tu memang pack dengan local dan foreigner sebab restoran ni dalam area Baiyun. First experience memang best sebab sebelah malam tak ramai orang. Pegi kali kedua ngam time lunch memang pack abislah. Masa tu kebetulan juga ada grup-grup Malaysia (small grup yang pegi backpack juga ) yang pegi. Time ni servis dorang jadi kelam kabut. Tapi makanan tetap sedap la. hehehhe...

kedai yang first tu

restoran ni tepi jalan 

makan malam tapi penuh meja...yang licin sayur dengan telur& tomato  tu je
 Makanan di sini semua sedap. Cuma banyak sangat tak larat nak habiskan.

kat dinding restoran

egg fried rice - ni aku punya order - sedap dan hampir licin jugaklah

spagetthi + tomato + telur - member order, licin jugak...sedapla tu

nasi putih + sayur batang bawang tapi tetaplah ada daging lembu

daging masak apa tah ni...sedapp sangat

minum soya bean je kat sini

Restoran ketiga ni, namanya Saba Restaurant. Restoran Arab Yemen. Pergi dinner lepas balik dari night cruise. Memang totally foreigner punya restoran la. Pelanggan yang datang pun Arabs, African je. Makanan kat sini tak sempat snap ...hahahha...dah licin baru ingat nak ambik gambar.

Ada scary moments di sini. Lepas makan tu, masa keluar ada sorang makcik pakai tudung minta sedeqah. Sorang member bagi la duit yuan sikit dan yang sorang lagi bagi coklat cloud9. Aku pulak bagi lambat sikit, dah nak masuk van baru sibuk bagi makcik tu. Tetiba pulak jadi macam kat Indon. Datang lagi sorang makcik tu (yang ni tak pakai tudung) ketuk-ketuk pintu van. Ada pulak lagi sorang pakcik dengan kerusi roda gigih jerit-jerit mintak sedeqah... Tak tau nak komen apa....

restoran Arab...baju kemeja tu owner dia...sangat selesa resto ni

wet tissue free...ada alamat restoran tu...boleh goggle kat mana

Restoran ke-4, last dinner sebelum ke airport. Restoran kecil ngam-ngam di corner bangunan apa ntah. Ni pun best. Owner chinese muslim, young couple. Kecik-kecik restoran ni ada free wifi. Makanan ofkos la best.
owner yang baju soft pink tu

mee tarik sayur

beef dumpling (dry)

nasi putih + sayur yang ada campuran daging ( sayur tu sedap)

lupa nama roti ni...plain je , sesuai untuk snack/kudapan

Overall, bagi aku aku suka restoran-restoran Muslim yang kecil di Guangzhou ni. Cara dorang servis, layanan dorang dan makanan boleh terima. Kalau korang ke China ni, macam tu lagi baik, pegi restoran Muslim yang kecik-kecik. Dorang lebih mesra.


Ini last entry aku tentang Guangzhou untuk tahun ni. Guangzhou best juga. Malah locals best daripada Beijing. Memang pernah aku baca pasal ni dan bila aku pergi dan alami sendiri dua-dua bandar ni memang betullah. Di Guangzhou ni ramai foreigner terutama African. Masa kat airport boleh nampak geng-geng awang hitam ni.

Oh ya, masa kat airport aku solat dalam bilik untuk menyusukan baby tu je. Bilik tu boleh kunci dari dalam. Settle masalah. Nak solat di sudut-sudut /dekat-dekat tiang pun boleh sebab ada Malaysian buat camtu dan takde pulak pihak airport tegur atau marah.

Guangzhou  adalah bandar ketiga aku pegi di Mainland China ni dan tak serik rasanya. Banyak lagi destinasi nak diteroka di Tanah Besar China ni kalau tak memikirkan soal tandas dan jamban huhu... Xi'an, Lijiang dan Tianjin (wish list ni...huhu), bila peginya entahla...moga dimurahkan rezeki dan kesihatan...

Tiada ulasan: