Rabu, 12 Disember 2018

Guangzhou : Masjid Saad Abi Waqqas

 Masih lagi entri tentang masjid. Kali ni satu lagi masjid di Guangzhou, China.

Masjid yang dibina memperingati sahabat Rasulullah SAW, Sayidina Saad Abi Waqqas.

Letaknya di tengah bandar Guangzhou. Kawasannya hijau, dikelilingi pokok-pokok dan nyaman je. Masjid ni lebih popular di kalangan tourist, ada kawasan parking bas pelancong di luar pagarnya.

Kami masuk ikut pintu pagar lain, dari arah kiri masjid.

Sebelum solat, kami ziarah dulu kubur Saad Abi Waqqas yang letaknya berdekatan bangunan tempat ambil wudhuk.

Syahdu dan sebak bila mendekati kubur. Mengalir airmata. Walaupun ada yang menolak dakwaan ini ialah kubur sahabat besar Rasulullah SAW tu tapi yang pastinya siapapun yang bersemadi di sini, tentulah dia pendakwah berjasa yang mengembangkan Islam di Guangzhou ni. Kubur telah dijaga dengan baik, dibinakan pondok berbumbung. Bagi kita perempuan, tak manis rasanya ikut masuk ke dalam pondok tu sebab ramai lelaki yang masuk ke dalam tu. Kami sedeqahkan al Fatihah dari luar pondok jak. 

Beza dengan masjid Huaisheng yang ada bangunan khas untuk muslimah solat, masjid ni macam masjid kita di Malaysia, sekali je bangunan solat utama. Ada pembahagi dalam masjid memisahkan untuk ruang solat lelaki dan wanita.

Ramai je orang Malaysia dalam tu. Dorang dah siap solat, riuh bercerita itu ini. ada 2-3 perempuan Pakistan/Bangladesh pun bising je bersembang. Kurenggg sikit ketenangan nak menikmati solat di sini. Emmm.... Harap lainkali kurangkanlah bercerita soal dunia dalam masjid ye.... Kalau ko nak berkisah pasal borong memborong di Guangzhou ni pi bersembang kencang di luar masjid nuuu... Entahla, bagi aku ok je orang bersembang ke apapun cuma kalau dalam masjid tu, baiklah kurangkan sedikit volume tu kan...hehhehe...macam ustazah la pulak... peringatan untuk diri sendiri juga pun.

Apapun, aku selesai tunaikan solat tahiyatul masjid dan jamak zuhur dan asar di sini, alhamdulillah.

gerbang

perigi lama yang airnya jernih dan sejuk

disediakan cerek dan cawan untuk mencuba minum airnya

 maqam yang dikatakan  maqamSaad Bin Abi Waqqas

bangunan solat utama

pagar utama

sudut info /papan kenyataan masjid

Di luar pagar ada orang berjualan buah-buahan kering. Masa masuk tu lagi aku sudah berniat membeli,. Belilah pistachio 50yuan untuk setengah kilo, untuk kudapan. 


Alhamdulilah, masjid ni terjaga dengan rapi dan bersih kawasannya. Masa ke sini dah lama masuk waktu Zuhur, masjid tak berkunci dan masih ramai yang datang solat.




Tiada ulasan: