Selasa, 11 Disember 2018

Guangzhou : Shamian Island & Shamian Park

Mood mengentry tengah baikk ni. So, teruskan... 

Destinasi berikutnya di Guangzhou. Kami ke Shamian Island. Sebelum sampai, dalam fikiran kami tempat ni pulau kecik ataupun kawasan yang dikelilingi air ke...rupanya bukan macam tu. Shamian Island ni kawasan petempatan orang asing (foreigner) dulu-dulu waktu Dinasti Qing rasanya. Dia satu area yang tak luas  sangat dan bangunan memang nampak bangunan kolonial. 

Tempat ni sangat tenang dan menarik. Ada orang photoshoot gambar kahwin dan ada grup tengah berlatih tarian. 

Shamian Park terletak sebelah je. Shamian Park ni sama jugaklah macam dua taman sebelumnya. Tempat warga tua lepak dan bersantai di tebing Sungai Pearl Guangzhou tu. So nice la jugak dua-dua tempat ni. Bersih dan terjaga pokok-pokoknya.

seluruh kawasan ni ialah Shamian Island

nama jalan

ada Starbuck

bangku-bangku disediakan untuk melepak dan bersembang atau just tengok handphone macam kawan saya baju pink tu

patung ni menggambarkan memang dulu ni kawasan foreigner 
budak-budak sekolah. cikgu tengah buat apa tu

papan penunjuk arah tempat kami posing sakan

laluan..

Lainlah sikit suasana di sini. Tempat escape dari kesibukan bandar.





ni di pintu masuk Shamian Park


yang ni lorong ke Shamian Island tadi...dia bersambung sebelah menyebelah je dengan Shamian Park ni
Shamian Park 

bila berjalan ke depan lagi nampaklah waterfront ni...
local people

ada couple berlatih menari
patung-patungan lagi

Shamian Park

menuju ke pintu pagar taman tadi
Shamian Island agak popular dalam TripAdvisor Guangzhou. Ada je cara-cara nak ke sini. Sesuai kot untuk orang macam kami la yang nak jugak sightseeing selain menyopping di Guangzhou ni. Yang bestnya memang macam local people je pegi sini, tak nampak pun group tourist. Cuma masa di Shamian Park tu ada sorang perempuan tu tanya kami Malaysian ke, dia tolong ambikkan gambar. Best la pegi dua tempat ni. Boleh nampak local people dia beraktiviti.


Lepas ni sesiapa nak sightseeing di Guangzhou, bolehlah kot masukkan tempat ni dalam list. Sekian entri mempromosi Shamian Island...hahahha

Tiada ulasan: