Jumaat, 14 Disember 2018

Guangzhou : Pearl River Cruise

 Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.

Satu lagi aktiviti yang sempat kitaorang buat semasa di Guangzhou ni ialah naik cruise waktu malam. Bayarannya 150yuan. Kali ni kami naik sendiri tanpa guide.

Cruise ni memakan masa dalam 1 jam 30 minit. Kami naik yang terawal pukul 7.00mlm dan habis pukul 8.30 malam. Sangat menarik dan berpuas hati. Enjoy suasana malam di Guangzhou tengok lampu-lampu dan bangunan berwarna warni.

Rasanya mostly blogger-blogger ke Guangzhou semua pun pernah pergi cruise ni kan. Penumpang cruise 80% ialah locals jugak dan dorang sangat sporting siap jerit-jerit lagi bila lalu bawah jambatan. Ni satu cara hilangkan stress tinggal dalam bandar sesibuk Guangzhou ni.

Ok, biarkan gambar bercerita pula.

super excited berposing dalam gelap

salah satu kapal cruise...
jambatan yang akan dilintasi

kapal lain


makin lama makin dekat Canton Tower
kebetulan bertukar jadi warna pink/magenta
bangunan lain pun colourful
menara sebelah kanan tu nampak anggun mcm dress je glitter-glitter gitew
melintasi jambatan lain

memang best



Overall, cruise ni memang best. Mula-mula naik tu, kami cuak semacam, si guide pun campak ja kami di jeti. Dia bagi sikit penerangan je. Kami naik pukul 6.30petang. Masa tu belum ramai. Baca tiket pun nda pandai, sekali tengok dia belikan tiket dalam bilik VIP yang boringgg... Nak tanya crew kapal ni macam malas. Last-last pukul 7.00 sebelum masuk kumpulan kedua kami naik deck atas sekali. Puas hati nampak view jelas. Mula-mula member yang sorang macam-macam bebelannya. Rasa bersalah juga masa tu, sebab aku yang iya-iya nak ikut cruise ni. Mana taknya, setengah jam pertama kami macam berlegar-legar jak dekat area jeti tu. Group penumpang lain semua tengah berebut-berebut ambik makanan bufet kat tingkat bawah sekali. Kami ni yang bengong tak pasti hala tuju.

Lepas pukul 7.00, bila masuk kumpulan kedua (ramai umat locals jak) barulah kapal mula gerak menuju ke arah Canton Tower. Serius cantik. Masa tu, dua orang member aku ni yang terlebih excited banding aku. Syukurlah nak korang suka akhirnya...

Sepatutnya ada teh ais lemon dorang bagi, tapi kami pun malas nak menuntut... lebih-lebih aku yang asyik menahan kencing jak dari jeti lagi. toilet dalam kapal cruise ni ada tapi bila melintas depan tu bau hancing semacam terus batalkan niat. Rela aku menahan sampai abis cruise.

Apapun, at the end, kami puas hati. p.s nak keluar dari kapal tu kena extra strong nak bersesak dengan umat cina yang tak reti beratur ni.

Tiada ulasan: