Salam sejahtera bagi yang sudi singgah atau tersinggah blog ni.
Misi menambah entri untuk tahun 2018. Kena cepat ni sebelum 31 Disember 2018. Takut jadi macam entri lain tertunggak dalam draft box.
Banyak mau dicatat dan dikongsi. Kalau tak dapat jadi panduan orang pun, bolehla buat cuci mata dan dibaca-baca.
Masjid adalah tempat yang wajib kita pegi kan tak kira di negara muslim atau bukan. Lebih-lebih kalau masjid tu bersejarah macam masjid Huaisheng ni.
Bersyukur sangat aku dalam trip ni, aku berpeluang solat di masjid-masjid di Guangzhou. Trip ke Beijing dulu aku cuma sempat solat di Masjid Niu Jie. Hari-hari yang lain tu keluar bendera Jepun. Ni memang cabaran orang perempuanla bila pi travel. Kira bertuahla bila dapat travel time bukan period tu. Dapat solat dan kelebihannya waktu bermusafir doa kita mustajab (itu yang aku baca dalam buku-buku agama la...semoga tidak menyalahilah info aku ni).
Masjid Huaisheng adalah masjid tertua di Guangzhou. Diceritakan bahawa masjid ni dibina oleh rombongan Saad Bin bin Waqqas yang datang berdakwah ke sini. Tidak dapat dipastikan kesahihannya sama ada betul ka beliau sendiri yang datang atau hanya wakilnya sahaja. Yang pasti masjid ni berusia hampir 1300 tahun. Melalui beberapa dinasti hingga hari ini. Usianya lebih tua daripada mana-mana masjid di Sabah kot... atau boleh jadi Malaysia. emmm...lama tu..
Bersih dan tenang. Seriously, rasa sangat tenang di masjid ni. Aura nya tu ada. Kami sampai sebelum solat Zuhur masuk. So, aku ambik masa jugaklah dalam masjid. Solat tahiyatul masjid dulu. Dapat dengar azan Zuhur dikumandangkan. So peaceful. Rasa nak berlama-lama je. Kebetulan mula-mula sampai tu, aku sorang je di tempat solat wanita tu. Dah dekat selesai solat tu baru perasan ada orang Malaysia sebelah aku. Bertukar senyum je dengan dorang.
|
menara masjid |
|
pintu masuk |
|
kawasan masjid |
|
ruang solat wanita |
|
perigi lama...bangunan belakang tu tempat solat utama (lelaki)
|
Tempat wudhuk wanita dan tandasnya letaknya dekat je dengan ruang solat wanita. Ruang solat wanita ni ada bangunan asing. Belah kiri bangunan solat utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan