Jumaat, 2 Mei 2014

Seoul - Spring 2014 - Day 1 -part 2....

Rejab mula mengetuk pintu...Syaaban semakin mendekat...Ramadan yang dirindui pasti bertemu...

Aisey...aku bersastera dulu kejap...sambil-sambil mengingatkan diri yang puasa perlu diganti segera.... 

Kisah aku dan padlock beg aku belum habis lagi ni. Lepas balik dari Dongdaemun, aku belum lagi naik ke guesthouse tu, melawat kawasan dulu, macam YB pula...aku pusing-pusing dulu sekitar area guesthouse aku tu, macam kucing menanda kawasan daa....ada dua 7-11 terdekat, minishop, money changer, Paris Baguette dll...kawasan yg selamatlah kiranya. Aku singgah di 7-11, beli air mineral, susu pisang, coffee latte dan strawberry yoghurt...

Lepas tu baru aku naik ke guest house. Alhamdulillah, macam yg aku harap, budak guesthouse bagi aku paper clip, tapi satu jak...adoi, ni kena pastikan sekali terai terus jadi ni, paper clip tu aku pegang kemas-kemas tau, takut hilang, very precious gitu...

Bilik aku di tingkat 2, rasanya semua single room di tingkat 2. Bilik aku hujung sekali, dekat dengan tempat iron baju, bagus, memandangkan aku pakai tudung bawal, seterika adalah perlu! 

Masuk bilik jak, aku terus kerjakan padlock aku tu...tapi sebelum menggunakan paper clip yang sangat berharga tu, aku guna dulu tools lain. Pin baju, sepit rambut, gunting kecil yg ada dalam sewing kit yg aku beli di airport tadi. Berabis aku korek-korek nda juga terbuka mangga kunci tu, adalah juga 20 minit gitu. Mahu putus asa pun ada, macam-macam aku fikir, jalan terakhir ialah mengopek beg ni, dan jawabnya kena beli beg baru. Ah, sudah, nanti lari bajet aku...Risaunya. Sambil tu nda putus-putus aku berdoa, dapatlah, dapatlah buka hendaknya....Agaknya bila sudah lama dikorek, digodek, digigit ja nda mula ada tanda-tanda macam mau terbuka sudah.

Okey...di sini gunanya paper clip yg sangat bernilai tinggi tu. Bismillah.... aku follow macam dalam video yang aku tengok tu, patahkan bagi dua dulu paper clip tu, then cucukkan dalam lubang padlock pusing lawan arah jam, Huh sayangnya aku nda boleh videokan detik-detik keemasan me and the humble paper clip...yes!yes! Wallaaa...u know what, nda sampai 10 second aku try godek, padlock tu terus TERBUKA!!!!!! Easily! Beg aku selamat, terus aku buang padlock tu, menyusahkan hidup aku selama 1 hari setengah betul!!! First sekali ucap syukur kepada Allah SWT ....nda sia-sia aku berusaha.

Punya lega aku rasa. Perkara pertama yg aku mau buat selepas beg BERJAYA dibuka ialah mandi. Lepas mandi, aku terus tertidur. Seriously, berjaya membuka beg aku buat rasa tenang dan tetiba mengantuk. Baring jak di katil...terus tidur. U all know la kan, sudah 1 malam + beberapa jam aku nda tidur ni. Pengsan....

Haa inilah gambar-gambar bilik aku di Myeongdong ...aku snap sebelum bersepah dengan barang-barang aku.
kecil tapi selesa je katil ni...

ada tingkap dan meja...tempat aku breakfast pagi-pagi, tempat aku layan FB, layan perasaan lagi...sentimental jak aku di Korea ni

rak, tv, telefon dan fridge...tv aku nda pernah on walhal di Malaysia kuat melayan Kdrama jak...fridge tu bakal dipenuhi segala macam jenis minuman ofkos no alcohol ok...

bilik air...

susu pisang, strawberry yoghurt dan coffee latte


Kelemahan guesthouse ni ialah tiada cerek eletrik dalam bilik, tapi ada dapur di Tingkat 3, so anytime memang aku naik ke sana untuk buat coffee atau ambil air panas utk masak maggi/bubur. Coffee 2 in 1 pun dorang sediakan free je. Cuma yg nda bestnya, aku selalu bangun awal pukul 7.00pagi sudah naik ke atas tapi berkunci.Kedua, guesthouse takde lift, kalau luggage banyak dan besar memang seksa mengangkut turun naik. Ketiga, korang kena bawa tuala mandi sendiri, tuala ada disediakan tapi tuala muka ja. Aku memang dah ready tuala sendiri...senang!

nampak tak Hotel Skypark tu...sebelah kanan tu la guesthouse Myeongdong tu...boleh nampak 7-11 juga

Aku tertidur adalah dalam dua tiga jam...sekali bangun pukul 7.30 malam...Aku tunggu maghrib masuk (pukul 7.35 mlm, maghrib di sana ) solat...lepas tidur sekejap, kepala rasa segar sikit. Aku keluar, jalan-jalan lagi, saja mau tengok suasana malam tapi belum sampai ke area shopping-shopping tu, takkan hari pertama sudah mau menyopping, tolonglaa kan...

Penghujung bulan April, suhu nda la sejuk sekitar 12 darjah celsius ja waktu malam...siang tadi dalam 16-19 darjah celcius..nyaman-nyaman gitu, best cuaca begini, sejuk tapi nda melampau...singgah 7-11 lagi, dah mula tertarik dengan susu pisang, beli 2 botol lagi, masukkan dalam fridge...berapa botol sudah ni?? Jadi hantu pisang karang...huhu..

Ikut plan aku, esok pagi mahu keluar awal ke Namsan Park...so, perlu recharge tenaga dulu...tidurrr.....so, berakhirla hari pertama aku di bumi Kpop ni...zzzzz...

p/s ingatkan mau buat entri terus masuk kisah hari kedua...nda jadi, mood malas datang menyerang ...

Tiada ulasan: