Isnin, 12 Mei 2014

Seoul - Spring 2014 - Day 2 - Insadong ....

sambungan....Masih di hari kedua... 


Lepas sesi exercise mendaki bukit di pagi hari tadi, aku plan ke Insa-dong, konon mau melajak sampai ke Bukchon Hanok Village. Naik subway nak ke Insa-dong pula. Turun di Anguk Station. Berjalan-jalan mengukur jalan, sesat tak jumpa-jumpa Insa-dong. Hehehhe. Pegi Changdeokgung palace, tapi 'closed on Monday'. Diri ni yg silap, nda study betul-betul, suka sangat main terjah, rasakan!

Lelaki Mat Salleh tu pun salah hari...so, bukan aku je yg tak study ni...hihi




 Dari istana yang gagal dimasuki, aku terus berjalan tanpa arah...ingatkan dah masuk area Bukchon, terjumpa signboard Bukchon Art Centre tapi buat penat kaki jak, nda jumpa pun rumah-rumah Hanok tu...layan je la gambar-gambar masa sesat ni..



teringat mak aku masa ni, dia suka gardening
Adoi, penat kaki tau! Akhirnya aku masuk balik subway station, follow balik direction ke Insa-dong. Aku tak boleh give-up, no! no!no! Sekali tak sampai aku mesti carik...alhamdulillah, kali ni fokus betul-betul. Tak jauh pun dari exit tu, (lupa no exit tu), keluar dari exit tu, akan nampak bus stop, jalan straight dalam 50m, terus akan jumpa tourist information centre dan yg penting, berus kaligrafi besar. 

Aku suka Insa-dong ni, best suasananya. Banyak hasil seni dijual. Banyak souvenir juga. Aku beli susu pisang lagi di kedai minishop, lepak kejap tengok gelagat manusia. Tourists ramai, ada dua orang budak bertudung, muka Malaysia, tapi dorang macam rushing nak ke mana ntah, tengok-tengok dah lesap. So, mundar-mandirlah aku sorang-sorang. Depan Ssamziegil tu ada kedai jual kuih-kuih apa tah, sibuk terjerit-jerit cuba nak tarik perhatian aku. "Apa kabar, apa kabar?", aisey mula-mula aku tak perasan, tapi time tu aku sorang je bertudung and haruslah kena cop Malaysian atau Indonesian kan. ah, sudah, rupanya nak tarik perhatian aku tu. Sorry guys, hatiku sudah berpunya. Hehehe...takdelah dorang just nak lariskan jualan. Aku tak pegi pun gerai dorang. Penat di situ aku balik ke Myeongdong. Solat...
aku beli uncang colourful di gerai ni


Petangnya aku ke N Seoul Tower....

bersambung...

Tiada ulasan: