Selasa, 6 Mei 2014

Seoul -Spring 2014 - Korean Folk Village ( part 2 )

ok...sambungan part 1

Masuk dalam KFV tu, dah no more drama dah...terus terasa aura suasana kampung Korea zaman Joseon, zaman dulu-dulu. Sila bayangkan drama Jewel in the Palace, Sungkyukwan, Moon Embracing The Sun. Dalam kampung ni ada poster My Love from the Stars..part2 awal shooting dalam KFV juga rasanya.

Ok, siap sedia melayan gambar..jangan sampai termuntah....





tempat makan

bunga # 1

# 1 my feveret pic

# bunga # 2

sungai & nelayan 'fake'...my feveret jugak




ahjussi dikelilingi flora

obses sangat dengan cinta Korean ni kan...i love you too..hehehe


suasana desa

jambatan batu...dulu batu-batu yg disusun je

hello dear



kembali ke zaman Joseon

drama lagi...siapa suruh ko berguling-guling atas tanah camtu...??? no, bukan aku...!

ada macam di alam bunian tak????


Tempat aku duduk melepas penat + layan view

jerami???

Sanggup lagi melayan gambar??? Bagi aku, aku memang suka tempat  ni...tenang, lapang, dekat dengan nature...sesuaila dengan jiwa kekampungan aku ni...

macam real tak???

Dae Jang Geum - drama ni aku suka






jagung kering

kayu api...




bukan bunga tahi ayam
nampak klasik kan...

air yg jernih...

lama dan baru...nun di belakang bangunan moden...

Korean Folk Village...perfomance area..kedai-kedai
putih-putih melati...melati ke ni?
rimbun pokok ni ...penuh bunga!

last 3 pictures...
very Korean...
pintu masuk Korean Folk Village
laluan di sana tu menuju ke KFV...bayangkanlah cantiknya pokok-pokok tu di kala autumn nanti...

Tak pernah entri aku banyak gambar camni. Ketara aku suka tempat ni. Sebelum balik, aku tanya pekerja KFV di mana tempat tunggu bas untuk balik ke Gangnam Station. Seperti kuduga, memang tempat aku turun tadi. Jangan naik bas lain selain 5001-1 pesan pekerja tu. English dia sangat fasih, slang American lagi. Sudah confirm, yakin, aku berjalanla ke arah bus stop tadi ....seberang jalan tu, bus stop tempat turun dari arah Gangnam tadi...boleh guna chapel kaler oren sebagai landmark, dan bangunan apartment di belakang tu...

Ada beberapa orang tourist menunggu bas. Menunggu dalam 15 minit, bas sampai. Sepanjang perjalanan lebih kurang sejam tu, sempatlah juga aku tidur lebih kurang 20minit. Mengantuk betul...bangun awal subuh tadi. Sebelah aku ahjumma, sibuk dengan hand phone androidnya... sampai di Gangnam station, aku merayau-rayau dulu cari McDonald, konon mau beli burger fillet o fish atau at least FF...nda jadilah aku bila masuk McD tu, timbul pula was-was. Seriously, waktu tu pukul 2.00 petang, aku sangatlah kelaparan...terasa mau makan orang ...

Balik naik subway. Kali ni dapatlah juga seat. Tapi duduk sebelah ahjussi yang weird...sibuk melipat-lipat kertas, dengan beg briefcase, mungkin utk urusan kerja atau bisnes ka tapi  dua tiga orang remaja Korean pakat-pakat gelakkan dia. Rimas aku. Meh sini aku tampar muka kamu yg nda seberapa hensem tu satu-satu...adakah patut ketawakan orang tua, ke dorang ketawakan aku???Huh!! Tambah lapar aku, terasa mau makan orang lagi...grrrrrr... aku turun di Hyehyeon station, cari kedai kebab yang nda jauh dari Namdaemun market tu... sekali beli dua tau. Laparr la sangat kannn....
beli dua...malam tu yg abis dimakan satu jak...tamak! tebarus!
untuk info lengkap mengenai tempat ni boleh lawat website KFV sendiri www.koreanfolk.co.kr dalam ni ada cara/route lain selain cara yg aku pilih (subway - turun di Gangnam Station - naik bas no 5001-1), kalau tak silap boleh turun di Suwon Station jugak, then naik shuttle bus direct ke KFV. The reason aku tak pilih route ni sebab shuttle bus tu berjadual, manakala naik bas no 5001-1 ni lebih fleksibel, bas sentiasa ada.

Dalam KFV ni ada satu gerai makanan yg tak menghidangkan daging .... tu, malah gerai tu jual pancake sayur-sayuran je, aku tak try sebab aku sorang, rasa pelik nak duduk kat restoran/area makan tu sorang-sorang, kesian kan..

Aku cuma beli air mineral dan jus oren di sini (ada kedai serbaneka dalam ni )...kedai cenderamata, kedai di mana kita boleh pakai baju maharaja + permaisuri pastu dorang ambilkan gambar, tapi as u can teka, aku tak buat semua tu, jaga bajet sangat...

yang ada baby, budak kecik, orang tua,  FYI dalam ni semua ada, locker untuk simpan barang, baby stroller, toilet yang bersih, tempat duduk yang banyak dan area untuk budak-budak main...so memang lengkap..

my suggestion juga...duduklah seat sebelah kiri dari Gangnam nanti, senang korang boleh nampak KFV ni dari jauh, then bila nampak dan bas berhenti sebelah kanan (bas akan berhenti sekejap je kalau takde orang, so kena tekan loceng, jangan jadi macam aku, duduk diam-diam dalam tu sebab tak reti bahasa Korea, kononnya peminat tegar drama Korea, takde maknanya...), turunla di bus stop yg aku bagi gambar dalam entri part 1...selamat mencuba...
end of Korean Folk Village entry....entri lain cerita lain pula...babai...

Tiada ulasan: