Khamis, 8 Mei 2014

Seoul - Spring 2014 - Day 2 - Namsan Park


Hari kedua aku di Seoul...lepas tidur sepuas-puasnya, pukul 4.30 pagi sudah bangun, check waktu solat, Subuh di Seoul sekarang masuk pukul 4.14 pagi. Solat dulu...lepas tu, charge ipad dan telefon.

Plan aku ialah naik subway ke Hyehyeon station, pastu ke Namsan Park...aku follow direction dalam blog DiscoveringKorea tu..kawan-kawan yg biasa pi Korea, sila jangan gelakkan aku ok, aku macam salah taman jak ni...

Sampai ja subway station, adoi mak ramainya orang, so stail aku, relaks dulu, rasa macam ok, baru aku naik.

Aku just follow direction bila sampai di Hyehyeon tu, bila keluar dari exit (lupa la exit no berapa, tapi yg menghala ke Namsan Park), ada papan tanda siap anak panah Namsan Park. Mak oii, bukit! Ah, sudah! Dengan stamina aku yang tak seberapa ni, macamana ni...lama aku berdiri merenung laluan berbukit tu. Terkesima. Habis fikir, menung, aku pun naik, mulalah mendaki, termengah-mengah...kapus-kapus (maksudnya penat, semput). Akhirnya sampai di atas, kena menyeberang jalan lagi...

kena melintas di sini, aku naik tadi dari arah kereta putih tu...
lepas melintas jalan tadi, akan nampak signboard ni..Namsan Park


dan ini juga....Hi Seoul...Soul of Asia...

Nampak banyak tangga untuk naik ke atas lagi. Ahjussi dan ahjumma yang sihat-sihat dan gagah perkasa nun di atas. Aku masih di bawah,berfikir lagi, banyaknya anak tangga. Then  aku ikut laluan ni, mendakila jugak tapi bukan anak tangga..kecerunan adalah kurang!
lebih rela mendaki di sini daripd memanjat tangga


Gambar-gambar...entahla di mana sebenarnya ni...tapi aku jumpa tulip! nda gebu atau besar kuntumnya tapi bolehlah, akhirnya aku nampak bunga tulip tulen selama ni tengok bunga tulip plastik atau dalam gambar jak. Okla tu kan, kena bersyukur dengan nikmat dari Tuhan.


musim bunga!
putih itu suci...
tangga-tangga menuju arah traffic light tadi
simbolik apa?
Hotel Hilton...mesti best kalau dapat stay di situ kan...
Kitar semula
nampak meriah bunga-bunga kuning ni...
self timer ...then snap...blurr...

Tokoh penting Korea rasanya, orang yg lalu lalang ada yg tunduk hormat kat patung ni



N Seoul Tower terletak di belakang bangunan tu..rasanya agak jauh


suka hati nampak bunga tulip!
comel kan...tulip!!!!!
cherry blossom tinggal ranting kering

tak pasti di mana ni...tapi jalannya agak busy


Limit 1 jam di sini ( nda sampai satu jam pun ), turun dan ikut laluan tadi. Macam tiada apa-apa tempat ni, cuma ramailah orang jogging, bawa anjing bersiar-siar. N Seoul Tower nampak dari jauh, mungkin boleh menapak hingga sampai area tower tu tapi aku tiada plan untuk menyeksa betis aku so aku plan aku akan ke sana sebelah petang nanti.
 Jalan berbukit tu tak sempat snap, termengah-mengah tak sempat keluarkan kamera!


Entri ni pendek jak... rasanya blog aku ni lebih kepada untuk bacaan di kala keboringan jak, cuci-cuci mata tengok gambar dan baca penceritaan aku yg memualkan tu...hehehhe...sekian


Tiada ulasan: