Isnin, 5 Mei 2014

Seoul - Spring 2014 - Day trip to Korean Folk Village ( part 1 )

Salam semuanya...susahnya mencari ruang masa dan mood untuk sambung entri trip ke Korea ni...apapun, aku skip dulu entri hari kedua memandangkan aku rasa macam nda best jak perjalanan aku hari kedua tu...

Trip ke Korean Folk Village, Gyeonggi (KFV) ni dalam hari ketiga sebenarnya. Hari kedua aku pegi Insadong, Namsan Park dan N Seoul Tower...

 KFV memang tempat yg aku nakkk sangat pegi ....so, kira aku puas hati dapat pegi Korean Folk Village ni. Plus, journey aku ke sana hari tu ada selingan drama sikit tapi tak sehebat drama padlock aku. Hehehhe, aku ni memang suka masukkan unsur saspen...

Aku dah study kononnya cara-cara nak pegi KFV ni...public transport yg aku pilih subway + bas. Awal pagi lagi dah bertolak, sebelum pukul 7.30pagi. Sengaja bertolak awal sebab macam jauhhhh ja Korean Folk Village ni, di luar Seoul.

First, naik subway dari Myeongdong ke Dongdaemun History & Culture Park, dari situ tukar ke Line 2,  dari situ lebih kurang 16 stesen dilalui baru sampai ke Gangnam Station. Lebih kurang 35 minit jugala aku berdiri dalam train tu, sesak, hingga ke Gangnam nda dapat tempat duduk. Tersepitla aku terperosok di hujung koc, kiri kanan depan semua ada manusia, nasib baik bau soju / kimchi badan dorang tu dapat kutepis dengan perfume Lolita Lempicka ku...hehehe. Turun di Gangnam Station, keluar ikut exit 10...dari exit tu, jalan straight dalam 100m, korang akan nampak tempat menunggu bas. Naik bas no 5001-1 untuk ke Korean Folk Village. Kalau nak ke Everland naik bas no 5002. Konduktor bas tu agak risau takut aku silap naik bas, dia siap tanya lagi sorang remaja Korea tu... sempat lagi lambai bye-bye kat aku.

ok tu dia bas no 5001-1 dah sampai....

Seocho....

Agak jauh perjalanan dalam 40 minit dah keluar dari bandar Seoul lalu highway. Sebenarnya aku nda tahu pun kena tekan loceng baru driver akan berhentikan bas. Pengumuman memang ada, tapi dalam bahasa Korea la...so, bila mula nampak signboard Korean Folk Village tu aku macam yakin yang driver bas akan berhentikan aku nda jauh dari tempat tu...aku imagine semacam gerbang atau apa la...Bila sampai satu tempat ni, aku rasa nda jauh dari KFV tu, ada pengumuman tapi ofkos aku nda turun, nda tahu kan...tapi lama kelamaan mula keluar signboard arah ke Yongin...ah, sudah aku mula fikir lain macam. May be ni sudah kelimpasan ni, sampai di depan Yongin University, aku terus panggil driver tu.Aku cakap satu-satu yang aku nak pegi Korean Folk Village. Terus berubah muka driver tu. Macam terkejut, macam sesuatu jak ni. Aku syak sesuatu ni. Rasanya memang dah terlepas bus stop Korean Folk Village ni. 

Tempat ni jarang orang post dalam blog. Jarang orang Malaysia pegi.Atau mungkin aku yg kurang mencari. Tapi, aku nakkk sangat pegi. So, dengan informasi tak sebanyak mana, aku main terjah jak.

Driver bas tu panggil aku. Dia turun. Aku berdiri jak ala-ala blur. Dia lambai lagi. So, mahu nda mahu aku turunla juga. Di mana la dicampaknya aku ni? Adakah aku disuruh naik teksi ja ke Korean Folk Village ni. Terfikir begitu. Masa tu, bas dilintangkan tengah-tengah jalan tau, betul-betul depan gerbang Yongin University. Tadi adalah 3-4 orang turun. Student university ni la kot... ( sayangnya aku nda sempat snap gambar Yongin University tu...tengah panic + sikit blurrrr masa tu kan)

Rupa-rupanya driver tu buat camtu untuk menahan satu lagi bas no 5001-1. Aku dah faham...dia suruh aku naik bas yang lagi satu tu.

"Don't scan", katanya.

Aku naik bas tu. Driver bas yang ini agak berusia sikit. Dia angguk-angguk ja bila aku cakap Korean Folk Village. Harap ahjussi ni nda lupa turunkan aku depan Korean Folk Village.

 Dari gerbang Yongin University tu ke bus stop terdekat dengan Korean Folk Village adalah dalam 20 minit. Jauh juga kan.

Nampak huruf G merah tu - di situlah tempat aku turun tadi...

di bus stop depan kedai cat kuning tu sepatutnya aku turun dari Gangnam tadi

Rasanya bus stop tempat aku turun tadi tempat yg sama untuk tunggu bas no 5001-1 balik ke Gangnam nanti... 

kena menapak lagi dari bus stop ke entrance KFV
Relaks dulu sebelum berjalan lagi...
peta KFV...
Sampai depan entrance tu, aku beli tiket masuk 15,000 won...dapat brochure yg cantik...

hopefully, spring still in the air...


Tiada ulasan: