Sabtu, 17 Mei 2014

Seoul - Spring 2014 - a short entry... N Seoul Tower

Assalamualaikum...salam sejahtera semua readers...terima kasih, sudi singgah di blog yang biasa-biasa ja ni...

So, my journey in South Korea continue...still in day 2.

Maaflah ya, incit-incit (maksudnya sedikit demi sedikit...in Sabahan slang kekdahnya...hehehe) betul stori mori aku ni.

So, lepas bersolat, makan (kari ayam + instant rice), bermalas-malasan sejam dua, aku pun teruskan plan aku menyeksa tumit + betis aku ke N Seoul Tower. Wajib katanya pigi menara ni, walaupun rasanya macam Petronas Twin Tower tu lebih cantik dan gah, layan ja la kan, haruslah kena pegi juga tempat ni. Nanti balik orang tanya pula "Ko ada pigi tempat kunci-kunci cinta tu?" Ah, sudah ! Dorang nda tau as a traveller kadang kita suka buat itinerary off the beaten path kan.

Aku follow direction macam yang aku goggle di sana sini la, masuk Myeongdong subway station, keluar ikut exit no.3, Lepas tu, cari Pacific Hotel as your landmark, 7-11 juga. Alkisahnya, aku ala-ala ragu dan lupa sebab Pacific Hotel tu macam di tengah-tengah antara dua lorong,kanan atau kiri. I tell u, sila ambil lorong kanan. Sebabnya aku tersilap, aku pilih kiri. 

Sebenarnya nda terpesong pun, tapi laluan berbukit  yang aku lalu macam a bit dangerous for an average tourist macam aku. Lepas tu, bila sampai di atas tu, kena jalan kaki lagi 5 minit menuju ke Cable car station, kalau ambil lorong ke kanan lepas Pacific Hotel tu, sure akan jumpa tangga-tangga yang cantik dan terus jumpa Cable car station tu...apapun, kesesatan tu membawa aku melihat sisi lain Seoul...eceh, ayat macam ayat sasterawan ...

Sampai di stesen cable car, aku beratur beli tiket, Aku beli return ticket tau! return trip 8500won.  Tak koser turun naik tangga/bukit. Hehehe...

Dan turun dari cable car, kena panjat lebih kurang 30 anak tangga yang boleh tahan tahap kecerunannya sebelum tadaaaa...nampak N Seoul Tower berdiri dengan megahnya.

Seriously, ramailah orang. Malaysian pun ramai, and of course no one care about you, you come here alone, you should be alone foreverrrrr kekdahnya. Uwaaaa....!!!! sedih.  Dan aku menyampaikan hajat kawan di sini, mohon dikuncikan cintanya di kaki N Seoul Tower.  

Aku baca blog kawan-kawan lain, tempat ni cantik musim sejuk atau autumn. May be spring is not the best time to visit kot. Tambah lagi aku datang end of the spring.


area ni tengah dibaikpulih



Dek kerana manusia terlampau ramai, shot aku agak kurang lawa. Shot bunga-bunga cinta di laman berkunci-kunci cinta adalah nda banyak. That's why entry ni...a short entry...Adakah ini alasan untuk aku kembali lagi ke Seoul ni??? mmmmm....ok, sekian...lepas ni cerita aku ikut DMZ tour...day trip to Paju plak...

Tiada ulasan: